Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bapa perlu mainkan peranan lebih besar

Aug 18, 2024 | 9:30 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata tidak semua perubahan bagi mewujudkan sekitaran mesra keluarga di Singapura melibatkan dasar. Perubahan juga perlu dibuat dalam sikap dan pemikiran orang ramai. 
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata tidak semua perubahan bagi mewujudkan sekitaran mesra keluarga di Singapura melibatkan dasar. Perubahan juga perlu dibuat dalam sikap dan pemikiran orang ramai.  - Foto fail

Pemerintah terus mewujudkan sekitaran mesra keluarga di Singapura dalam usahanya menggalak lebih ramai warga muda berkahwin dan mempunyai anak.

Ia telah mengemas kini dasar, antara lain bagi memastikan bilangan tempat di prasekolah mencukupi dan yurannya dimampui.

Tetapi Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata tidak semua perubahan melibatkan dasar.

Perubahan juga perlu dibuat dalam sikap dan pemikiran orang ramai.

Ini termasuk mengubah pemikiran bahawa kaum ibu adalah penjaga utama anak-anak sedang kaum bapa keluar mencari nafkah.

“Wanita hari ini mempunyai setiap peluang untuk cemerlang dalam kerjaya mereka. Adalah tidak mungkin untuk mereka mengejar impian mereka dan masih memikul bahagian tanggungjawab penjagaan dan kerja rumah yang lebih berat. Jadi bapa perlu memainkan peranan yang lebih besar,” katanya.

Encik Wong berkata tempat kerja kini lebih menyokong kaum bapa yang mahu mengambil cuti menjaga anak.

Beliau memberi contoh rakan kerjanya di Kementerian Kewangan, Arash, yang menjadi bapa ketika sibuk membantunya dengan persiapan Belanjawan pada 2022.

Tetapi Arash masih dapat mengambil cuti paterniti.

Encik Wong berharap lebih ramai bapa mengambil cuti paterniti mereka, lebih-lebih lagi dengan pemerintah bakal menggandakan cuti paterniti mandatori daripada dua kepada empat minggu mulai 1 April 2025.

Dengan cuti ibu bapa bergaji berjumlah 30 minggu atau 7 bulan setengah yang boleh dijangkakan ibu bapa dalam beberapa tahun akan datang, beliau berharap pasangan muda mendapat jaminan bahawa pemerintah sedang membangunkan Singapura untuk keluarga dan akan membantu mereka mengimbangi tanggungjawab kerja dan keibubapaan dengan baik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg