Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Bapa pun kecoh bila anak kembali ke sekolah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa pun kecoh bila anak kembali ke sekolah

Jan 03, 2024 | 03:21 PM



Tentu ramai yang kelam-kabut menghantar anak-anak ke sekolah minggu ini setelah lama bercuti.

Ibu bapa pun sibuk membuat persiapan sekolah pada hari pertama.

Pelajar darjah dua hingga enam mula pulang ke sekolah mulai pada 3 Januari, manakala murid-murid darjah satu bermula sejak 2 Januari.

Di akaun Instagram @bapasepanjanghayat pada pagi Rabu menunjukkan gambar seorang bapa dengan anak perempuannya yang sedang ghairah untuk ke sekolah.

Seorang lagi bapa, Encik Mohamed Rohaimi, pula berkongsi gambarnya menghantar tiga anak berbeza umur ke sekolah rendah.

Katanya drama pagi termasuk kekecohan untuk menguruskan beg sekolah, kasut, bekal makanan sehinggakan tidak sempat nak minum kopi.

“Menyiapkan mereka bertiga rasanya seperti senaman pagi!” kata Encik Rohaimi.

Siri bergambar bapa dan anak itu adalah inisiatif kumpulan sukarela Bapa Sepanjang Hayat (BSH) untuk bapa mengambil bahagian secara aktif menghantar anak mereka ke sekolah dan melibatkan diri dalam pembentukan dan pertumbuhan positif anak-anak mereka sendiri.

Bapa yang giat terlibat dalam hidup anak-anak mereka turut menunjukkan komitmen terhadap pendidikan, selain memupuk rasa tanggungjawab, mewujudkan rutin yang konsisten dan membuka peluang untuk interaksi yang bermakna.

BSH merupakan Gerakan Kebapaan masyarakat Melayu/Islam di bawah Pusat Kebapaan. Inisiatif BSH, ‘Sekolah Bapa BSH’, berfungsi sebagai wadah untuk bapa melengkapkan diri mereka dengan kemahiran, alat dan sumber yang disusun melalui kerjasama dan pembelajaran selama bertahun-tahun dengan semua jenis para bapa yang berbeza umur dan pengalaman.

Menurut kumpulan itu, rutin menghantar anak ke sekolah boleh menggalakkan perbualan pagi seperti menawarkan bimbingan dan menerapkan nilai positif selain menyokong perjalanan pendidikan anak-anak.

Penglibatan secara positif ini akan mempengaruhi sikap kanak-kanak terhadap pembelajaran, meningkatkan prestasi akademik dan menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan mereka.

Ini adalah peluang yang baik untuk bapa untuk mengambil bahagian secara aktif dalam perjalanan pendidikan anak-anak anda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >