Barang pasar ‘percuma’ selama setengah tahun bagi pemenang cabutan bertuah
Premium
Barang pasar ‘percuma’ selama setengah tahun bagi pemenang cabutan bertuah
Jul 10, 2025 | 6:14 PM
Guru prasekolah, Cik Nur Amirah Asmar Affandy, dan suaminya, Encik Asyraf Pasareebu Daud, bergambar setelah memenangi baucar pasar raya Sheng Siong berjumlah $1,000 melalui cabutan bertuah Hari Raya Sheng Siong 2025. Acara penyampaian hadiah diadakan di ibu pejabat Sheng Siong di Mandai pada 10 Julai. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Guru prasekolah, Cik Nur Amirah Asmar Affandy, dan suaminya, Encik Asyraf Pasareebu Daud, mulanya curiga dengan panggilan daripada Sheng Siong yang memberitahu mereka memenangi baucar $1,000.
“Mulanya kami ingat kami ditipu kerana jumlah hadiah bukan kecil. Kami tidak sangka perbelanjaan seharian di cawangan Sheng Siong kecil di bawah blok mampu bawa rezeki sebanyak ini,” kata Cik Amirah, 33 tahun.
Laporan berkaitan
Sheng Siong hadkan jumlah pengeluaran dari mesin PayNow susulan skim ubah wang haram Jun 26, 2025 | 8:17 PM
Pasar raya lancar tawaran promosi untuk pembelian dengan baucar CDCMay 13, 2025 | 6:35 PM

