Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang menyiasat beberapa insiden yang melibatkan beberapa basikal menggunakan kuasa (PAB) dan skuter elektrik (e-skuter).
Dalam video yang tular di laman Facebook, SG Road Vigilante, beberapa PAB dan e-skuter kelihatan berlumba pada kelajuan tinggi di beberapa tempat termasuk Tanah Merah Coast Road dan sebuah penghubung taman bersebelahan Bay East Gardens, berhampiran Marina Bay.
Satu klip video tersebut menunjukkan seorang pengayuh basikal melakukan aksi meniarap ala Superman ketika membawa basikal dengan meluruskan kededua kakinya.
Kapsyen video tersebut menyatakan bahawa basikal elektrik (e-basikal) tersebut, gelaran biasa bagi PAB, dan e-skuter tersebut telah diubah suai secara haram dan bergerak pada kelajuan melebihi 140 kilometer sejam (kmh).
Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), LTA menyatakan ia juga telah meningkatkan usaha penguatkuasaan di kesemua lokasi itu, dan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang didapati melanggar peraturan.
Walaupun e-basikal boleh digunakan di laluan basikal dan di jalan raya, e-skuter hanya boleh digunakan di laluan basikal.
Kedua-dua peranti tersebut tidak boleh digunakan di laluan pejalan kaki.
Had kelajuan di laluan basikal adalah 25 kilometer sejam.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg