Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Baucar CDC bantu niaga, belanja seharian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baucar CDC bantu niaga, belanja seharian

Jan 03, 2024 | 05:55 PM



Harga epok-epok yang dijualnya tidak pernah meningkat sejak Cik Zawiah Zainol sekeluarga memulakan perniagaan epok-epok mereka, Family Curry Puff, di North Bridge Road.

Sekeping epok-epok kentang ditetapkan pada harga $1, manakala epok-epok sardin pula berharga $1.20.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat kerana sebilangan besar pelanggan mereka merupakan mereka yang sudah pun berusia dan dari keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di sekitar kawasan perumahan itu.

“Hampir 80 peratus pelanggan kami merupakan dari golongan ini, dan kami tidak mahu membebankan mereka dengan harga yang terlalu tinggi.

“Ini lebih-lebih lagi dengan kadar inflasi dan kos yang semakin meningkat,” kata Cik Zawiah, 60 tahun. 

Apabila pemerintah memperkenalkan Skim Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) pada 2021, Cik Zawiah berkata mereka tidak teragak-agak untuk menyertainya kerana berpendapat ia bukan sahaja memberi manfaat kepada perniagaan mereka, malah juga kepada setiap rakyat Singapura.

Menurut beliau, hampir 70 peratus pelanggannya kini akan menggunakan baucar CDC untuk membeli epok-epok dari gerai mereka. 

Beliau juga berkongsi bahawa perniagaan mereka menyaksikan peningkatan jualan harian.

“Alhamdulillah, saya gembira untuk teruskan penyertaan kami dalam skim baucar CDC ini kerana kami dapat melihat banyak manfaat, antaranya termasuk penjualan yang semakin memberangsangkan,” ujarnya.

Mulai 3 Januari, setiap isi rumah yang layak mampu menebus baucar CDC mereka bernilai $500 mereka untuk digunakan di lebih 23,000 perniagaan dan lapan rangkaian pasar raya utama dengan 415 cawangan di seluruh Singapura.

Sebagai seorang pesara, Encik Zaini Buang, 66 tahun, pula merasakan baucar CDC yang diberikan pemerintah ini sesuatu yang amat dialu-alukan.

“Sejak saya tidak bekerja, saya hanya mengharapkan bantuan dari pemerintah dan pihak-pihak bantuan tertentu.

“Baucar CDC ini saya rasa sangat membantu kerana saya dapat menggunakannya untuk mendapatkan makanan dan barangan keperluan seharian. Ia sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan saya,” katanya. 

Beliau merupakan antara yang pertama untuk menebus baucar tersebut di Kelab Masyarakat Jalan Besar pada 3 Januari.

Baucar itu dilancarkan dalam format digital untuk memberi kemudahan kepada penduduk.

Mereka yang menghadapi masalah menebus baucar CDC secara digital boleh mendapatkan bantuan di pelbagai pusat/kelab masyarakat (CC) serta Hab Masyarakat Digital SG.

Keutamaan akan diberikan kepada warga emas dan golongan kurang upaya.

Sehingga tengah hari pada 3 Januari, lebih dari 66,000 orang beratur dalam talian untuk mendapatkan baucar tersebut

Baucar CDC terkini boleh digunakan sehingga 31 Disember 2024.

Cara untuk tebus Baucar CDC 2024


1) Lungsuri laman go.gov.sg/cdcv


Tekan Baucar CDC 2024


2) Log masuk guna Singpass


Hanya seorang anggota isi rumah perlu melakukan langkah ini bagi pihak isi rumah


3) Terima pautan Baucar CDC menerusi SMS


Kongsikan pautan SMS itu untuk mengongsi baucar CDC dengan anggota isi rumah lain


4) Pilih baucar yang ingin digunakan


Imbas kod QR atau lungsuri laman go.gov.sg/cdcvoucher untuk mengetahui tempat-tempat di mana anda boleh menggunakan baucar anda


Jika anda tidak mempunyai telefon bimbit atau Singpass, atau memerlukan bantuan, kunjungi Pusat/Kelab Masyarakat (CC) terdekat anda antara 10 pagi dan 6 petang (kecuali Cuti Umum).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >