Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bayaran daya kerja dinaikkan bagi pekerja gaji rendah

Feb 16, 2024 | 5:35 PM
Pekerja bergaji rendah yang berusia, akan layak mendapat bayaran tahunan sebanyak $4,900, naik daripada $4,200, yang diberikan sekarang.
Pekerja bergaji rendah yang berusia, akan layak mendapat bayaran tahunan sebanyak $4,900, naik daripada $4,200, yang diberikan sekarang. - Foto MOF

Pekerja bergaji rendah di Singapura akan menerima lebih banyak bayaran pendapatan daya kerja tahunan sebagai sebahagian daripada penambahbaikan kepada skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja.

Pekerja bergaji rendah yang berusia, akan layak mendapat bayaran tahunan sebanyak $4,900, naik daripada $4,200, yang diberikan sekarang.

Demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dalam Belanjawan 2024 di Parlimen pada 16 Februari.

Kenaikan bayaran ini bagi setiap individu akan bergantung pada usia dan pendapatan mereka.

Dalam pada itu, had pendapatan untuk layak bagi skim ini juga akan dinaikkan kepada $3,000 daripada $2,500 bagi memastikan pekerja bergaji rendah akan terus menerima faedah walaupun gaji mereka meningkat, tambah Encik Wong.

Penambahbaikan akan dilaksanakan terhadap kerja yang dilakukan bermula 1 Januari 2025, dan dijangka memanfaatkan sekitar setengah juta rakyat Singapura.

Selain itu, Kelayakan Gaji Setempat (LQS) untuk pekerja sepenuh masa akan dinaikkan daripada $1,400 kepada $1,600 bermula Julai 2024. 

Kadar minimum setiap jam juga akan dinaikkan daripada $9 kepada $10.50 sejam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg