Bayaran ujian memandu naik berperingkat mulai 13 Mac

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bayaran ujian memandu naik berperingkat mulai 13 Mac

Mar 13, 2026 | 5:39 PM

Bayaran ujian memandu naik berperingkat mulai 13 Mac

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
tp, driving
Polis Trafik (TP) berkata kenaikan itu berpunca daripada peningkatan kos operasi, dan bayaran kali terakhir disemak pada 2016. - Foto ST

Belajar memandu atau menunggang motosikal kini menelan kos yang lebih tinggi.

Polis Trafik (TP) mengumumkan kenaikan bayaran ujian teori dan praktikal secara berperingkat, mulai 13 Mac.

Dalam kenyataan pada tarikh yang sama, polis menjelaskan kenaikan itu disebabkan peningkatan kos operasi dan kadar bayaran terakhir disemak pada 2016.

Mulai 13 Mac, bayaran bagi ujian teori asas memandu, ujian teori akhir memandu dan ujian teori menunggang motosikal meningkat daripada $6.50 kepada $7.20.

Jumlah itu akan naik lagi kepada $8 mulai 13 Mac 2027.

Bagi ujian praktikal menunggang, ujian praktikal memandu dan ujian kecekapan memandu, bayaran kini adalah $40, meningkat daripada $33.

Bayaran itu akan meningkat kepada $45 mulai 13 Mac 2027, dan $50 mulai 13 Mac 2028.

Menurut polis, semakan bayaran itu dikenakan kepada mereka yang menempah ujian pada atau selepas tarikh kuat kuasa masing-masing.

Kenyataan sama turut memberi maklumat lanjut mengenai keperluan penilaian wajib di jalan raya bagi pemegang lesen Kelas 3C atau 3CA yang berhasrat mendaftar Kelas 4 atau 4P.

Pemegang lesen Kelas 3C atau 3CA adalah mereka yang telah menukar lesen memandu asing mereka.

Mulai 15 September 2025, mereka dikehendaki lulus penilaian jalan raya sebelum dibenarkan mendaftar Kelas 4 atau 4P.

Penilaian itu menguji tahap kecekapan pemandu mengendalikan kereta Kelas 3 atau 3A dalam keadaan trafik sebenar.

Ia merangkumi kawalan asas kenderaan seperti pemeriksaan cermin, memberi isyarat, kawalan kelajuan, kedudukan kenderaan, pergerakan di persimpangan, interaksi dengan pengguna jalan raya lain serta pematuhan undang-undang trafik.

Bagi majikan yang mengemukakan penyataan sokongan rasmi bagi pekerja berlesen Kelas 3C atau 3CA untuk mendaftar Kelas 4 atau 4P sejak 15 September 2025, boleh menempah penilaian wajib jalan raya itu mulai 13 Mac.

Bayaran penilaian jalan raya adalah sama seperti bayaran ujian praktikal yang disemak semula, iaitu $40.

Ia juga akan naik secara berperingkat kepada $45 mulai 13 Mac 2027 dan $50 mulai 13 Mac 2028.

Perlu diingatkan, bayaran tambahan mungkin dikenakan selain bayaran ujian, termasuk sewaan kenderaan dan caj pentadbiran sekolah memandu.

Polis menambah, pemegang lesen Kelas 3C atau 3CA yang gagal penilaian jalan raya tidak dibenarkan mendaftar pelajaran bagi Kelas 4 atau 4P, dan lesen mereka akan dibatalkan.

Mereka juga dilarang mendapatkan lesen memandu bagi mana-mana kelas dalam tempoh satu tahun dari tarikh pembatalan lesen.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg