Bayaran VEP masuk S’pura bagi kenderaan asing naik mulai 2027

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bayaran VEP masuk S’pura bagi kenderaan asing naik mulai 2027

Kereta asing digalak pasang OBU bagi persiapan guna sistem ERP baru
Feb 6, 2026 | 4:28 PM

Bayaran VEP masuk S’pura bagi kenderaan asing naik mulai 2027

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
VEP, kereta asing masuk Singapura, harga naik mulai 2027, OBU
Bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kereta berdaftar asing yang memasuki Singapura akan dinaikkan kepada $50 sehari berbanding kadar sedia ada iaitu $35 sehari. - Foto ST

Bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kereta dan motosikal berdaftar asing serta bayaran Permit Kenderaan Barangan (GVP) bagi kenderaan barangan berdaftar asing akan dinaikkan mulai 1 Januari 2027.

Selain itu, peruntukan 10 hari percuma VEP setiap tahun serta tempoh masa VEP percuma pada hari bekerja juga akan dimansuhkan, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 6 Februari.

LTA berkata bayaran berkenaan disemak secara berkala bagi memastikan kos pemilikan dan penggunaan kenderaan berdaftar asing di Singapura setara dengan kos kenderaan berdaftar Singapura.

Ia menambah bahawa jurang kos tersebut semakin membesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini, “sekali gus menimbulkan keperluan untuk menaikkan” bayaran berkenaan.

Bayaran VEP bagi kereta berdaftar asing yang memasuki Singapura akan dinaikkan kepada $50 sehari berbanding kadar sedia ada iaitu $35 sehari.

Manakala bayaran motosikal berdaftar asing akan dinaikkan kepada $7 sehari, berbanding $4 sehari.

Mulai 1 Januari 2027, bayaran VEP akan berkuat kuasa setiap hari, kecuali pada hujung minggu dan cuti umum Singapura.

Buat masa ini, selain hujung minggu dan cuti umum, pemandu kereta dan motosikal berdaftar asing turut mendapat peruntukan 10 hari percuma VEP bagi setiap tahun kalendar.

Mereka juga tidak perlu membayar VEP jika memasuki Singapura dari 5 petang dan keluar sebelum 2 pagi pada keesokan harinya, atau jika mereka memasuki Singapura dari 12 tengah hari dan keluar sebelum 2 pagi semasa cuti sekolah Jun dan Disember.

Bagi kenderaan barangan berdaftar asing, yuran GVP akan dinaikkan daripada $40 kepada $70 sebulan.

Pemilik kenderaan barangan berdaftar asing masih boleh membeli GVP pada kadar $40 sebelum bayaran dikemas kini berkuat kuasa.

Namun, GVP dengan tempoh sah bermula 1 Januari 2027 akan berharga $70 sebulan, jelas LTA.

Bagi persediaan penggunaan sistem Elektronik Jalan Raya (ERP) baru Singapura untuk caj jalan mulai 1 Januari 2027, pemandu boleh memasang peranti unit dalam kenderaan (OBU) ERP2 pada kenderaan berdaftar asing mereka mulai 1 April.

Teksi Malaysia diwajibkan memasang OBU bagi tujuan pengesanan dan penguatkuasaan di Singapura, manakala kenderaan berdaftar asing lain boleh memilih untuk memasangnya.

Mulai 1 Januari, kenderaan berdaftar asing yang memasuki Singapura tanpa OBU perlu membayar kadar rata ERP sebanyak $3 bagi motosikal dan $10 bagi semua kenderaan lain.

Bayaran ini dikenakan bagi setiap hari operasi ERP, apabila kenderaan tersebut berada di jalan raya Singapura.

Kini, kereta berdaftar asing tanpa unit dalam kenderaan (IU) akan dikenakan caj $5 sehari apabila menggunakan jalan raya semasa waktu operasi ERP.

Pemandu boleh memasang OBU pada kenderaan berdaftar asing mereka dengan harga $158.70 sehingga 31 Disember, tidak termasuk kos pemasangan.

Pemasangan OBU hanya boleh dilakukan di Singapura oleh bengkel dan juruteknik yang diluluskan.

Menurut LTA, pemandu yang berminat boleh menghubungi bengkel OBU yang diluluskan untuk mengetahui kos pemasangan, dan pihak berkuasa akan mengumumkan butiran lanjut mengenai pemasangan OBU untuk pemandu asing pada masa akan datang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg