Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bazar Ramadan kembali meriahkan kejiranan, perkukuh silaturahim

Pelbagai tawaran juadah tradisional, barangan Hari Raya serta persembahan artis pikat pengunjung
Mar 3, 2025 | 6:54 PM
Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee, termasuk Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad (barisan depan, empat dari kanan), melancarkan pembukaan bazar Ramadan di Marsiling, BazaRia, pada 27 Februari, di tanah lapang bersebelahan stesen MRT Woodlands.
Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee, termasuk Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad (barisan depan, empat dari kanan), melancarkan pembukaan bazar Ramadan di Marsiling, BazaRia, pada 27 Februari, di tanah lapang bersebelahan stesen MRT Woodlands. - Foto PEJABAT KEJIRANAN MARSILING

Beberapa kawasan kejiranan di Singapura bersinar dengan cahaya lampu dan hiasan berwarna-warni, serta aroma makanan dari bazar Ramadan yang mula beroperasi pada hujung minggu pertama Ramadan.

Di Jurong West, lebih 50 reruai yang menawarkan juadah tradisional Ramadan dan barangan Hari Raya mula beroperasi pada 1 Mac.

Penduduk juga boleh menantikan persembahan secara langsung setiap Jumaat hingga Ahad dari 4 petang hingga 7 malam.

Di Marsiling, bazar Ramadan tahunan, BazaRia, yang dilancarkan pada 27 Februari, terus mendapat sambutan hangat penduduk setempat, menambah seri Ramadan di kawasan tersebut.

Bertempat di gelanggang bola keranjang berhadapan Blok 496, Jurong West St 41, Bazar Ramadan Jurong Central menawarkan lebih banyak reruai berbanding dengan hanya 40 reruai ketika mula dianjurkan di kolong blok.

Menurut Pejabat Pengarah Kejiranan Jurong Group pada 28 Februari, bazar 2025 itu menampilkan lebih 50 reruai yang menawarkan juadah tradisional Ramadan dan barangan Hari Raya.

Dianjurkan oleh Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Jurong dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Jurong Green, bazar tersebut bukan sekadar tempat untuk pengunjung membeli juadah berbuka puasa, malah ia ruang untuk bertemu dan menyapa masyarakat pelbagai bangsa dan agama.

Anggota Parlimen (AP) GRC Yuhua, Cik Grace Fu (dua dari kanan), yang juga Menteri Kemampanan dan Sekitaran; bersama AP GRC Jurong (dari kiri), Encik Xie Yao Quan; Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam; dan Dr Tan Wu Meng; serta AP Bukit Batok, Encik Murali Pillai, yang juga Menteri Negara (Undang-Undang merangkap Pengangkutan). Mereka menghadiri pelancaran Bazar Ramadan Jurong Central pada 1 Mac.
Anggota Parlimen (AP) GRC Yuhua, Cik Grace Fu (dua dari kanan), yang juga Menteri Kemampanan dan Sekitaran; bersama AP GRC Jurong (dari kiri), Encik Xie Yao Quan; Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam; dan Dr Tan Wu Meng; serta AP Bukit Batok, Encik Murali Pillai, yang juga Menteri Negara (Undang-Undang merangkap Pengangkutan). Mereka menghadiri pelancaran Bazar Ramadan Jurong Central pada 1 Mac. - Foto PEJABAT PENGARAH KEJIRANAN JURONG GROUP

Bazar tersebut dilancarkan oleh Anggota Parlimen (AP) GRC Yuhua, Cik Grace Fu, yang juga Menteri Kemampanan dan Sekitaran; bersama AP GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, yang juga Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan); Setiausaha Parlimen Kanan (Kewangan merangkap Pendidikan) Encik Shawn Huang; Dr Tan Wu Meng dan Encik Xie Yao Quan; serta AP Bukit Batok, Encik Murali Pillai, yang juga Menteri Negara (Undang-Undang merangkap Pengangkutan).

Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam (dua dari kanan), yang juga Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan); dan Dr Tan Wu Meng (depan, kanan), berinteraksi bersama pengunjung bazar.
Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam (dua dari kanan), yang juga Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan); dan Dr Tan Wu Meng (depan, kanan), berinteraksi bersama pengunjung bazar. - Foto PEJABAT PENGARAH KEJIRANAN JURONG GROUP

Tidak hanya penduduk di barat, bahkan warga di utara Singapura turut dapat menikmati perayaan Ramadan dengan kehadiran bazar Ramadan tahunan yang kembali menyinari tanah lapang bersebelahan stesen MRT Woodlands.

Dianjurkan CCC Marsiling, BazaRia menampilkan lebih 140 reruai yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan produk runcit.

Bertemakan nuansa nostalsia, terdapat zon ‘hari-hari kampung’ yang memberi pengunjung pengalaman kemasyarakatan dan satu sudut untuk keluarga berkelah di atas tikar yang disediakan.

Pelancaran bazar tersebut dimeriahkan dengan persembahan secara langsung artis seperti pemenang, Gegar Vaganza 11, Liza Aziz, dan artis tempatan, Rudy Djoe.

Di samping itu, penduduk di kawasan utara boleh menantikan satu lagi bazar Ramadan yang akan beroperasi dari 8 Mac hingga 23 Mac 2025 di Yishun Central Hardcourt, bersebelahan Blok 749, Yishun Street 72.

Tidak terhad kepada makanan di bazar, pusat penjaja yang paling ikonik di Singapura, Lau Pa Sat, juga akan menawarkan pelbagai pilihan makanan halal daripada makanan laut bakar kepada masakan Thailand untuk berbuka puasa.

Lebih menarik lagi, reruai demikian menawarkan promosi eksklusif, termasuk hidangan Nasi Lemak Ayam Taliwang, Hong Kong Street BBQ Live Seafood dan Warong Pak Sapari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg