Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Bazar Raya di Singapore Expo

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MEGAXPRESS INTERNATIONAL PTE LTD

Bazar Raya di Singapore Expo

Tawar 150 gerai buat pengunjung beli-belah sambut Syawal
Mar 29, 2024 | 05:30 AM



Membeli-belah untuk Raya sambil beramal. Itulah yang diharapkan penganjur Bazar Mega Raya Expo 2024 yang berlangsung dari 29 hingga 31 Mac, di Singapore Expo Dewan 6A, dengan 150 gerai disediakan.

Dengan tema ‘Raikan Raya Anda Dengan Suatu Keunikan’ tentunya bazar ini akan menjadi pilihan ramai bagi mendapatkan barangan dan keperluan Syawal tahun ini.

Pameran edisi keempat anjuran MegaXpress International Pte Ltd ini menampilkan persiapan untuk Hari Raya dengan tawaran hebat dan barangan menarik seperti fesyen, aksesori, produk kecantikan, hiasan rumah, permaidani dan bermacam-macam lagi. Tidak ketinggalan juga pelbagai juadah untuk berbuka puasa serta kuih-muih untuk anda menjamu tetamu di rumah ketika Raya.

Pameran gah ini akan dipenuhi juga dengan pelbagai acara kerohanian seperti solat tarawih berjemaah, ceramah interaktif, tazkirah dan forum keagamaan dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Antara asatizah yang dijemput ialah Ustaz Mizi Khamsani, Ustaz Zhafir Rifqi, Ustaz Syakir Pasuni, Ustazah Liyana Musfirah dan ramai lagi.

Artis jemputan tanah air, Hisyam Hamid, Roslan Shah dan artis luar negara seperti Amy Search, Chacha Maembong, Fahrin Ahmad, Fazlina Ahmad Daud, termasuk juga usahawan terkenal Bonda Rozita serta pasangan suami isteri Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida, serta ramai lagi turut menyerikan acara tersebut.

Menurut Pengurus komunikasi media MegaXpress International, Cik Reny Delfina Hamzah, terdapat banyak kelebihan dan pilihan rencam yang disediakan untuk pengunjung mendapatkan barangan dan menghiasi rumah mereka dengan indah sempena Raya ini. Beliau turut menganggarkan sehingga 5,000 pengunjung membanjiri bazar tersebut.

“Pameran Bazar Mega Raya Expo 2024 menampilkan produk dan promosi yang menarik untuk persiapan Hari Raya dengan tawaran hebat untuk pakaian lelaki dan wanita, fabrik, hiasan rumah, dan berbagai-bagai lagi. Tidak lupa juga kuih-muih dan juadah berbuka puasa daripada pelbagai gerai makanan yang kami sediakan. Kami juga menjangkakan seramai 4,000 hingga 5,000 pengunjung hadir di pameran tiga hari ini. Barisan artis popular dari dalam dan luar negara dan forum ‘Ramadhan Revival of Faith’ yang dibawakan oleh Hayaa’ Network by Ustazah Liyana Musfirah, turut menemui orang ramai di bazar kelak,” jelas Cik Reny.

Selain itu, bagi setiap pembelian $20.00 ke atas daripada sebarang gerai, pengunjung berpeluang memenangi hadiah tajaan Bean Bag Mart! Hadiah pertama merupakan kerusi fabrik empok Double Stubby Rester bernilai $799.00, hadiah kedua Chair Rester bernilai $399.00, dan hadiah ketiga, Dooby Rester bernilai $299.00.


“Setiap pengunjung dan pembeli berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik daripada penganjur. Kami sangat berterima kasih atas sokongan padu yang diberikan oleh pegerai dan pengunjung selama ini. Kami ingin terus bekerjasama dengan lebih ramai lagi usahawan, lebih-lebih lagi daripada golongan peniaga dari rumah, atau HBB, agar terus menggunakan ekspo sebagai platform pemasaran utama mereka, selain menggunakan platform dalam talian ini. Ini disebabkan jualan langsung di ekspo atau pameran sebegini telah terbukti sebagai wadah yang sangat berkesan oleh peniaga kita,” tambah Cik Reny.

Benefisiari untuk bazar kali ini adalah Pertapis, dan masuk ke bazar adalah percuma.

Maklumat lanjut boleh didapati di Instagram dan Facebook/ MegaXpress.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >