Topik diikuti
Pergi ke BHkuBazar Raya Geylang Serai siap terima pengunjung
Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Feb 27, 2025 | 6:46 PM
Bazar Raya Geylang Serai siap terima pengunjung
Kebanyakan gerai di Bazar Raya Geylang Serai kini bersedia menerima para pengunjung – sejak bazar tersebut dilancar pada 26 Februari.
Malah suasana penuh keceriaan mula terasa dengan para pengunjung mula membeli-belah sejak hari pertama ia dibuka.
Bazar Raya Geylang Serai kali ini menawarkan sekitar 500 gerai dan akan berlangsung selama 33 hari – dari 26 Februari hingga 30 Mac.
Ia dibuka setiap hari, dari 10 pagi hingga 11.59 malam, dan akan dilanjutkan hingga 6 pagi pada 31 Mac bagi memberikan lebih banyak masa kepada pengunjung membuat persiapan terakhir menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Laporan berkaitan
Bazar Raya Geylang Serai tunggu pengunjung hujung mingguFeb 27, 2025 | 10:56 AM
Peniaga bazar Geylang siap sedia, yakin sambutan pelanggan positifFeb 25, 2025 | 9:34 PM