Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

BazaRia Marsiling tawar lebih 120 gerai F&B, runcit

Mar 11, 2024 | 12:42 PM
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad (tengah), mengunjungi gerai-gerai yang sudah dibuka di BazaRia Marsiling yang terletak bersebelahan stesen MRT Woodlands pada 10 Mac.
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad (tengah), mengunjungi gerai-gerai yang sudah dibuka di BazaRia Marsiling yang terletak bersebelahan stesen MRT Woodlands pada 10 Mac. - Foto PA

Sebuah bazar Ramadan di Marsiling, yang terletak di tanah lapang bersebelahan stesen MRT Woodlands, telah dibuka secara rasmi pada 10 Mac dan menawarkan kira-kira 68 gerai makanan dan minuman (F&B) dan 60 gerai runcit untuk penduduk yang tinggal di kawasan utara Singapura.

Dinamakan BazaRia Marsiling 2024, bazar yang dibuka sehingga 8 April itu menawarkan pelbagai pilihan dan kemudahan bagi penduduk membuat persiapan menyambut perayaan Ramadan dan Hari Raya.

Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Zaqy Mohamad, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia); dan Cik Hany Soh, turut hadir untuk melancarkan pembukaan bazar tersebut secara rasmi.

Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad (tiga dari kiri); dan Cik Hany Soh (empat dari kanan) bersama pihak penganjur BazaRia Marsiling melancarkan pembukaan bazar tersebut pada 10 Mac.
Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad (tiga dari kiri); dan Cik Hany Soh (empat dari kanan) bersama pihak penganjur BazaRia Marsiling melancarkan pembukaan bazar tersebut pada 10 Mac. - Foto PA

Dalam ucapannya, Encik Zaqy berkata Ramadan bukan sekadar bulan yang menyaksikan masyarakat Islam menahan diri daripada makan dan minum, malah ia juga adalah masa bagi umat Islam memupuk disiplin diri, empati dan meningkatkan kesedaran rohani untuk memperbaiki diri.

“BazaRia Marsiling mencerminkan lambang perpaduan dan nilai bersama yang menjadikan Ramadan benar-benar istimewa.

“Di sini, bersama masyarakat kita yang bersemangat, saya mengajak semua penduduk merasakan juadah di bazar ini yang mencerminkan tradisi dan budaya masyarakat kita,” kata Encik Zaqy.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad (tengah, berbaju kurta), melancarkan penyalaan lampu Hari Raya di Admiralty Road.
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad (tengah, berbaju kurta), melancarkan penyalaan lampu Hari Raya di Admiralty Road. - Foto PA

Pada malam itu juga, lebih 200 penduduk turut turun untuk menyaksikan penyalaan rasmi lampu Hari Raya yang bermula dari Pasar Marsiling ke Masjid An-Nur, kedua-duanya terletak di sepanjang Admiralty Road.

Penyalaan lampu Hari Raya itu, yang berlangsung dari 10 Mac hingga 10 Mei, merupakan kerjasama pertubuhan akar umbi (GRO) Marsiling, Masjid An-Nur dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Marsiling (18 hingga 21).

“Penyalaan lampu ini adalah lanjutan daripada semangat Ramadan. Menerusi semangat perayaan ini, kami berharap dapat menyatukan masyarakat kita sebagai satu Marsiling,” kata Naib Pengerusi Rangkaian Penduduk Zon 7 Marsiling, Cik Noorrihah Ismail.

Penyalaan lampu Hari Raya di Admiralty Road akan berlangsung dari 10 Mac hingga 10 Mei. Ia merupakan usaha kerjasama antara pertubuhan akar umbi (GRO) Marsiling, Masjid An-Nur dengan Persatuan Peniaga dan Penjaja Marsiling (18 hingga 21).
Penyalaan lampu Hari Raya di Admiralty Road akan berlangsung dari 10 Mac hingga 10 Mei. Ia merupakan usaha kerjasama antara pertubuhan akar umbi (GRO) Marsiling, Masjid An-Nur dengan Persatuan Peniaga dan Penjaja Marsiling (18 hingga 21). - Foto PA

Semasa pelancaran bazar tersebut, Encik Zaqy turut melancarkan program pementoran kilat baru yang bertujuan memperkasakan belia melakar laluan pendidikan mengikut minat dan matlamat mereka.

Dianjurkan oleh M3@Marsiling-Yew Tee, program tersebut berbeza daripada laluan program pementoran tradisional.

Ia mendedahkan golongan belia kepada pelbagai peluang dan pengalaman pembelajaran dalam tempoh yang singkat.

Penganjur berkata bahawa program perintis itu akan mendekati kira-kira 30 belia setiap sesi, dengan rancangan untuk menggandakan bilangan penyertaan menjelang akhir 2024.

Dalam ucapannya, Encik Zaqy berkata pementoran telah berkembang melangkaui tumpuan tradisional untuk memperoleh kemahiran teknikal, dan ia kini merangkumi pembinaan hubungan yang bermakna, memupuk semangat untuk belajar, dan membentuk persahabatan yang berkekalan.

Mentorship membina modal sosial dalam masyarakat kita yang membolehkan belia bertemu dan mendapat inspirasi daripada orang lain yang telah menempuh perjalanan dan mendedahkan mereka kepada peluang yang dibawa oleh Singapura dan dunia.

“Selain hanya berkawan, pementoran membolehkan anggota masyarakat kita menyumbang kembali, dan membantu belia kita membangun dan mencari laluan mereka dalam kehidupan,” kata Encik Zaqy.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg