Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kali pertama kumpulan peniaga Melayu/Islam Yishun anjur bazar Raya

40% gerai tampilkan usahawan, peniaga dari rumah yang tinggal di sekitar GRC Nee Soon
Mar 11, 2024 | 12:34 PM
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam (lima dari kiri); Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (empat dari kanan); bersama Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon dan penganjur bazar Ramadan GRC Nee Soon pada 9 Mac.
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam (lima dari kiri); Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (empat dari kanan); bersama Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon dan penganjur bazar Ramadan GRC Nee Soon pada 9 Mac. - Foto PERSATUAN PEDAGANG YISHUN CENTRAL

Sebuah persatuan pedagang kecil yang dianggotai peniaga Melayu/Islam di Yishun telah dilancarkan secara rasmi pada 9 Mac bagi memperkukuh usaha dan kebajikan masyarakat Melayu/Islam di GRC Nee Soon.

Jawatankuasa tersebut, yang merupakan sebahagian daripada Persatuan Pedagang Yishun Central (YCMA), juga telah melancarkan bazar Raya pertamanya di GRC Nee Soon pada 9 Mac, yang terletak di tanah lapang bersebelahan Blok 749, Yishun Street 72, berdekatan stesen MRT Yishun.

Pelancaran bazar turut dihadiri Menteri (Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang), Encik K. Shanmugam; dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Turut hadir juga adalah penasihat pertubuhan akar umbi GRC Nee Soon, Encik Louis Ng, Encik Derrick Goh dan Cik Carrie Tan.

Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon bersama pihak penganjur di bazar tersebut pada 9 Mac.
Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon bersama pihak penganjur di bazar tersebut pada 9 Mac. - Foto PERSATUAN PEDAGANG YISHUN CENTRAL

Dr Faishal berkata beliau amat tersentuh dengan daya usaha peniaga-peniaga tersebut dan amat mengalu-alukan kerjasama mereka untuk menganjurkan bazar tersebut.

“Nee Soon mempunyai masyarakat Melayu/Islam yang bertenaga yang terdiri daripada kalangan penduduk, sukarelawan akar umbi, ketua agama dan rakan kongsi masyarakat.

“Jawatankuasa kecil peniaga Melayu/Islam ini akan memainkan peranan penting untuk menyatukan semua orang, supaya semua boleh mengambil bahagian dalam usaha kolektif kita untuk memupuk masyarakat Melayu/Islam,” kata Dr Faishal.

Jawatankuasa tersebut dipimpin oleh pengerusi bersama, Cik Siti Rodziah Pauzan, yang juga anggota YCMA.

Bazar Ramadan tersebut menyediakan sebanyak 15 gerai yang menjual kraf tangan, makanan dan minuman, dan 40 peratus daripadanya merupakan usahawan dan peniaga dari rumah yang tinggal di Nee Soon.

Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon bersama pegerai dan pengunjung di bazar tersebut.
Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon bersama pegerai dan pengunjung di bazar tersebut. - Foto PERSATUAN PEDAGANG YISHUN CENTRAL

Semasa acara tersebut, jawatankuasa kecil peniaga Melayu/Muslim itu turut melancarkan sebuah panduan pedagang Islam yang menampilkan lebih 100 vendor Melayu/Muslim di GRC Nee Soon.

Naib Presiden YCMA, Encik Terry Teo, berkata beliau gembira persatuan tersebut kini mempunyai sumber untuk memperluaskan usaha mengembangkan masyarakat Melayu/Islam di Yishun.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Cik Rodziah atas sumbangan dan peranannya memimpin jawatankuasa kecil pedagang Melayu/Islam itu.

“Pembangunan kalangan pedagang Melayu/Islam sentiasa menjadi sesuatu yang dekat di hati YCMA. Sejak penubuhannya pada 2016, YCMA telah mengetuai banyak daya usaha untuk mempromosikan keusahawanan dan pembangunan perniagaan di Nee Soon Central.

“Cik Siti Rodziah Pauzan telah bersama YCMA selama tiga tahun. Sepanjang perkhidmatannya, beliau secara aktif berusaha meningkatkan kerjasama antara pedagang YCMA dengan Melayu/Islam dan telah membuat sumbangan besar kepada persatuan,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg