Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

BCA: Gempa bumi di Johor tidak jejas bangunan di S’pura

Aug 28, 2025 | 10:38 AM
Menurut Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), bangunan di Singapura tidak terjejas akibat siri gempa bumi yang melanda Johor baru-baru ini mulai 24 Ogos.
Menurut Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), bangunan di Singapura tidak terjejas akibat siri gempa bumi yang melanda Johor baru-baru ini mulai 24 Ogos. - Foto FACEBOOK MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

Bangunan di Singapura tidak terjejas susulan beberapa siri gempa bumi yang melanda Johor baru-baru ini, menurut Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dalam satu kenyataan.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) pada 27 Ogos, BCA menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkannya pada 26 Ogos itu masih berkuat kuasa, meskipun berlaku gempa ketiga di Johor pada awal pagi 27 Ogos.

Dalam kenyataan itu, BCA menjelaskan bahawa sensor digunakan mereka untuk mengesan gempa susulan yang dipasang di beberapa bangunan di seluruh negara tidak mengesan apa-apa.

“Semua bangunan di Singapura direka berdasarkan kod antarabangsa yang diiktiraf dan disesuaikan mengikut konteks tempatan.

“Bangunan kita (di Singapura) direka bentuk agar cukup kukuh untuk menahan lateral forces atau tekanan dari sisi bangunan, termasuk yang berpunca daripada gegaran gempa susulan yang berlaku jauh dari sini,” kata BCA dalam kenyataan tersebut.

Gempa ketiga itu berlaku pada pagi 27 Ogos, tiga hari selepas dua gempa direkodkan di Johor pada 24 Ogos.

Gempa pertama berlaku pada 24 Ogos pada 6.13 pagi, dengan magnitud 4.1.

Pusat gempa terletak di 2.5 darjah utara dan 102.8 darjah timur pada kedalaman 10 kilometer, 5 kilometer ke barat Segamat, Johor.

Segamat terletak kira-kira 180 kilometer dari Singapura.

Beberapa jam kemudian, pada 9 pagi, satu lagi gempa kecil dengan magnitud sekitar 2.8 berlaku 28 kilometer barat laut Kluang, Johor.

Pusat gempa terletak di 2.2 darjah utara dan 103.1 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer.

Kluang terletak kira-kira 130 kilometer dari Singapura.

Gempa ketiga dan terkini, dengan magnitud 3.2, berlaku pada 27 Ogos pada 8.59 pagi di Johor, sekitar 18 kilometer selatan Segamat.

Menurut kenyataan BCA, ia menegaskan bahawa pihaknya akan terus memantau perkembangan seismik di rantau ini dengan teliti, serta menilai dan mengemas kini rangka kerja keselamatan bangunan agar sejajar dengan piawaian sejagat yang sentiasa berkembang.

Ini termasuk mengambil kira perubahan iklim dan daya tahan terhadap gempa serantau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg