Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Beberapa jalan raya ditutup, rondaan polis dipertingkat bagi ‘Countdown 2024’ Marina Bay

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa jalan raya ditutup, rondaan polis dipertingkat bagi ‘Countdown 2024’ Marina Bay

Dec 26, 2023 | 05:44 PM



Polis akan mengawal bilangan orang yang memasuki kawasan Marina Bay pada 31 Disember, memandangkan orang ramai dijangka menyertai perayaan sempena acara menyambut tahun baru, Marina Bay Singapore Countdown (MBSC) 2024.

Dalam kenyataan media dikeluarkan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada 26 Disember, polis berkata apabila kawasan itu, termasuk The Promontory, One Fullerton/Taman Merlion, Taman Esplanade, Esplanade Waterfront Promenade, Marina Bay Sands Waterfront Promenade mencapai kapasiti maksimum atau tahap keselamatan yang ditetapkan, ia akan ditutup bagi memastikan keselamatan awam.

Polis akan mengerahkan pegawai polis bantuan dan pegawai keselamatan ke seluruh kawasan untuk memastikan keselamatan awam dan mengurus orang ramai.

Anggota polis dari Divisyen Polis Darat, Pusat Markas Operasi Khas, Komand Keselamatan Perlindungan, Komand Keselamatan Pengangkutan Awam, Polis Pengawal Pantai, Polis Trafik, Pasukan Respons Kecemasan dan Pasukan Respons Udara juga akan terlibat bagi mempertingkat rondaan di sekitar kawasan tersebut.

Beberapa jalan raya seperti Battery Road dan Fullerton Road akan ditutup pada masa tertentu, dan orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam disebabkan tempat letak kenderaan yang terhad.

Pintu masuk dan keluar tertentu di stesen MRT di sekitar kawasan Marina Bay juga akan ditutup, untuk mengawal aliran orang ramai, dan kereta api mungkin memintas stesen yang sesak untuk mengalihkan orang ramai dari kawasan sesak.

“Stesen MRT City Hall, Raffles Place dan Bayfront dijangka sesak dan orang ramai digalakkan menggunakan stesen lain berdekatan seperti Esplanade, Promenade, Downtown dan Marina Bay,” kata polis.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya memantau tahap kesesakan dalam masa nyata dan penutupan kawasan melalui peta dalam talian, Crowd@MarinaBay, yang boleh diakses dari 6 petang, 31 Disember.

Selepas acara, orang ramai akan dikendali secara teliti, dengan laluan yang ditetapkan dan akses terkawal ke stesen MRT.

Orang ramai diingatkan bahawa kegiatan udara seperti dron tidak dibenarkan di kawasan acara di Marina Bay.

Berbasikal berhampiran Marina Bay juga tidak digalakkan kerana berisiko tinggi berlanggar dengan pejalan kaki.

“Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mengganggu ketenteraman awam, bertindak terburu-buru atau melanggar undang-undang,” tambah polis.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan persekitaran mereka serta mematuhi arahan anggota keselamatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara MBSC 2024, orang ramai boleh menghubungi talian 6950-3263 atau melayari laman web rasmi dan laman media sosial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >