Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beberapa kenderaan di Golden Mile Tower dijilat api

Aug 31, 2024 | 3:31 PM
Rangka kereta selepas dijilat api di Golden Mile Tower pada 31 Ogos.
Rangka kereta selepas dijilat api di Golden Mile Tower pada 31 Ogos. - Foto ST

Satu kebakaran dilaporkan berlaku di Golden Mile Tower di Beach Road pada 31 Ogos.

Beberapa foto dan video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan asap tebal menyelubungi beberapa tingkat bangunan itu, yang berhadapan Kompleks Golden Mile.

Gambar yang dihantar seorang pembaca Berita Harian, Encik Mohd Amin Mohd Zain, Pegawai Eksekutif Utama firma hartanah Cityhomes, menunjukkan beberapa kereta dijilat api di tempat letak kereta yang diselubungi asap tebal.

Asap tebal daripada api yang menjilat kereta di Golden Mile Tower kelihatan dalam gambar (kiri) yang dihantar seorang pembaca BH, Encik Mohd Amin Mohd Zain, Pegawai Eksekutif Utama firma hartanah Cityhomes, sementara gambar atas menunjukkan sebahagian daripada kenderaan itu setelah dijilat api,
Asap tebal daripada api yang menjilat kereta di Golden Mile Tower kelihatan dalam gambar (kiri) yang dihantar seorang pembaca BH, Encik Mohd Amin Mohd Zain, Pegawai Eksekutif Utama firma hartanah Cityhomes, sementara gambar atas menunjukkan sebahagian daripada kenderaan itu setelah dijilat api, - Foto ihsan MOHD AMIN MOHD ZAIN, ST

Panggung indie The Projector, yang terletak di bangunan tersebut, memuat naik video menunjukkan dengan jelas tiga kereta terbakar.

Dalam satu lagi video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, Encik Ng Kok Soon, bunyi letupan kedengaran dari salah satu kereta yang terbakar.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai satu kebakaran di tempat letak kereta di 6001 Beach Road, iaitu alamat Golden Mile Tower.

“Kebakaran itu, yang melibatkan beberapa kereta di tempat letak kereta, telah dipadamkan oleh SCDF menggunakan dua jet air,” katanya.

Sekitar 45 orang dibawa keluar bangunan itu oleh polis dan SCDF, sementara tiga individu perlu menjalani pemeriksaan kerana terhidu asap. Namun, mereka enggan dibawa ke hospital.

Menurut siasatan awal, kereta terlibat bukan kereta elektrik, kata SCDF.

Golden Mile Tower dibina pada 1970-an dan kini menempatkan beberapa restoran, pejabat dan The Projector.

Bangunan itu juga merupakan terminal bas ke Malaysia dan Thailand.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg