Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Beberapa ruang bersama ditutup sementara, dihad dek aduan bising

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa ruang bersama ditutup sementara, dihad dek aduan bising

Feb 06, 2024 | 03:58 PM



Terdapat 27 kes majlis perbandaran ditutup buat tempoh sementara atau mengehadkan waktu pembukaan kemudahan rekreasi di estet Lembaga Perumahan sepanjang tempoh tiga tahun yang lalu disebabkan aduan daripada penduduk mengenai isu seperti bunyi bising.

Dalam jawapan bertulis satu soalan Parlimen daripada Encik Alex Yam (GRC Marsiling-Yew Tew) pada 5 Februari, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata langkah itu merupakan langkah terakhir apabila tingkah laku yang mengganggu oleh pengguna kemudahan yang kurang bertimbang rasa ini berterusan, walaupun amaran telah diberikan dan pemimpin akar umbi sudah menasihatkan pengguna.

Mengehadkan penggunaan kemudahan pada waktu tertentu dijalankan dengan melaraskan masa pencahayaan di kemudahan yang berkenaan atau menutup akses kemudahan pada waktu malam.

Beliau berkata majlis bandaran juga boleh mendapatkan bantuan daripada polis dan agensi pemerintah lain seperti Lembaga Taman Negara (NPB) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) jika tingkah laku yang mengganggu itu berterusan.

Beberapa kemudahan awam di seluruh Singapura ditutup sejak beberapa bulan lalu ekoran aduan bunyi bising di kawasan perumahan.

Satu kolong blok di Woodlands Ring Road dikepung sementara oleh Majlis Perbandaran Sembawang pada November 2023 selepas penduduk mengadu tentang pelajar sekolah bermain dan menjerit.

Sebulan kemudian, satu gelanggang bola sepak di Bedok North ditutup buat sementara sebagai tindak balas kepada aduan mengenai “kumpulan pengguna gelanggang bola sepak yang tidak bertimbang rasa” membuat bising hingga larut malam.

Menjawab soalan berasingan oleh Cik Ng Ling Ling (GRC Ang Mo Kio), Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata pemerintah sedang mengkaji usaha mewajibkan pengantaraan untuk kes pertikaian tertentu, sebahagian daripada ulasan bagi Rangka Kerja Pengurusan Pertikaian Masyarakat (CDMF).

Sekiranya pengantaraan diwajibkan, pegawai barisan hadapan boleh mengambil tindakan dan mewujudkan mandat pengantaraan untuk pertikaian masyarakat yang tertentu seperti kes yang berlarutan atau kian meningkat antara jiran.

Beliau berkata:

“Kami juga sedang mengkaji (usaha) mewujudkan mandat pengantaraan semula untuk kes di mana pengantaraan sukarela sebelum ini sudah dicuba dan semua pihak telah mencapai penyelesaian baik tetapi pertikaian tersebut (masih) timbul semula selepas itu.”

Encik Shanmugam berkata pemerintah juga sedang mengkaji cara untuk menangani kebimbangan yang datang dengan pengantaraan yang diwajibkan.

Beberapa kebimbangan yang dikemukakan semasa penglibatan awam termasuk risiko kemungkinan tindakan balas dan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang mendesak pengantaraan tanpa niat ikhlas untuk menyelesaikan pertikaian itu, katanya.

Sepanjang tiga tahun yang lalu, kurang daripada 30 peratus permohonan di Pusat Pengantaraan Masyarakat (CMC) yang melibatkan pertikaian antara jiran diteruskan ke pengantaraan.

Daripada kes yang meneruskan pengantaraan tersebut, lebih 80 peratus mencapai penyelesaian baik.

Butiran lanjut mengenai cadangan untuk memperkenalkan pengantaraan yang diwajibkan bagi kes yang sesuai akan dikongsi kemudian, kata Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >