Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pindaan Amla izin Muis tubuh wakaf demi penuhi keperluan sosioagama Muslim S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pindaan Amla izin Muis tubuh wakaf demi penuhi keperluan sosioagama Muslim S’pura

Feb 05, 2024 | 09:23 PM



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) kini akan diperkasa untuk menubuhkan wakafnya sendiri setelah pindaan Rang Undang-Undang Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) yang dibahaskan di Parlimen telah diluluskan dewan yang bersidang pada 5 Februari.

Pertubuhan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) akan membolehkan lebih ramai individu mewakafkan aset mereka bagi generasi akan datang dan bagi masyarakat Islam Singapura kekal berdikari dari segi kewangan dan mampu menangani keperluan dan cabaran masa depan, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, ketika perbahasan pindaan Rang Undang-Undang tersebut.

“WMS akan menjana aliran hasil yang lebih mampan untuk membiayai keperluan sosio agama masyarakat yang lebih luas dan berkembang. 

“Keperluan ini termasuk pembaharuan pajakan masjid dan penyelenggaraan masjid, pembangunan guru agama dan ulama dan program kemasyarakatan yang lain.

“Individu boleh menyumbang secara sukarela kepada WMS dalam bentuk wang tunai, harta atau pencalonan CPF. Dari masa ke masa, dengan kutipan berterusan, WMS akan melengkapkan dana masyarakat sedia ada seperti Dana Pembinaan Masjid dengan Mendaki (MBMF) dan zakat,” kata Encik Masagos.

Seramai tujuh Anggota Parlimen (AP) dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) telah menyatakan sokongan terhadap pindaan itu.

AP Parti Pekerja (WP), Encik Faisal Manap, turut menyumbang kepada bahas itu dan telah menyuarakan sokongan WP terhadap pindaan tersebut.

Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) bertanya siapakah mutawalli bagi WMS.

“Adakah Majlis akan melantik mutawalli untuk WMS dalam Warta atau Peraturan? Atau adakah Majlis sendiri akan menjadi pemegang amanah wakaf itu?” soal beliau.

Encik Masagos berkata, Muis akan melantik mutawalli yang akan menguruskan wakaf tersebut sesuai dengan peraturan, terma dan syarat yang ditetapkan Muis.

NMP Dr Razwana Begum Abdul Rahim pula menyarankan agar wakaf yang dikhususkan kepada tujuan tertentu seperti pendidikan, penjagaan kesihatan atau yang menyasarkan sektor perkhidmatan sosial seperti yang membantu kanak-kanak atau wanita.

Ini, menurutnya, akan membolehkan individu atau keluarga yang ingin menyumbang kepada tujuan khusus berbuat demikian.

Dalam responsnya, Encik Masagos berkata:

“WMS akan disokong oleh sumbangan kolektif masyarakat dan digunakan untuk tujuan kolektif. WMS juga akan melengkapkan wakaf sedia ada yang telah diwujudkan untuk tujuan tertentu seperti pendidikan.

“Kami mahu WMS membina korpus yang besar supaya pulangan jangka panjangnya boleh memberi manfaat kepada masyarakat lebih besar dan cukup fleksibel untuk memenuhi keperluan sosial keagamaan masyarakat kami yang semakin berkembang dari semasa ke semasa pada masa hadapan.

“Individu Muslim yang ingin menyumbang kepada tujuan tertentu masih boleh menubuhkan wakaf mereka sendiri dan menghidupkan semangat wakaf ini.”

Selain pindaan Rang Undang-Undang Amla, isu lain yang dibincangkan di Parlimen pada 5 Februari termasuk berkaitan SimplyGo, siasatan terhadap mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran serta pindaan Rang Undang-Undang Prosedur Jenayah (Pelbagai Pindaan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >