Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekalan COE bagi Feb hingga April naik 2.2%

Jan 29, 2024 | 7:44 PM
Terdapat sebanyak 5,609 COE Kategori A untuk tiga bulan akan datang - peningkatan 1.7 peratus daripada 5,513.
Terdapat sebanyak 5,609 COE Kategori A untuk tiga bulan akan datang - peningkatan 1.7 peratus daripada 5,513. - Foto fail

Kuota Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) menyaksikan kenaikan bagi suku antara Februari dengan April 2024 berbanding tempoh tiga bulan sebelumnya iaitu November 2023 hingga Januari 2024, lapor The Straits Times.

Jumlah keseluruhan sebelum ini adalah 14,388 manakala sekarang adalah 14,707 – peningkatan 2.2 peratus, menurut perangkaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Ketika mengumumkan angka kuota COE pada 29 Januari, LTA berkata terdapat 5,609 COE Kategori A untuk tiga bulan akan datang – peningkatan 1.7 peratus daripada 5,513.

COE ini bertujuan untuk kereta yang lebih kecil dan kenderaan elektrik (EV) yang kurang berkuasa.

COE Kategori B, iaitu untuk kereta dan EV lebih besar, meningkat sebanyak 2.5 peratus daripada 3,800 dalam tempoh kuota semasa kepada 3,895.

Antara bilangan COE bagi dua kategori kereta itu, sebanyak 2,950 COE disuntik oleh LTA untuk meningkatkan bekalan.

COE ini dijangkakan tamat tempoh pada unjuran bekalan tertinggi seterusnya dan dibawa ke hadapan untuk pengagihan semula.

Bagi COE kenderaan komersial, terdapat jumlah bekalan sebanyak 1,170, meningkat daripada 1,129.

Dalam jumlah mutlak, peningkatan itu merupakan kurang daripada tujuh COE Kategori C tambahan yang tersedia pada setiap tender berbanding tempoh semasa.

LTA berkata, kuota COE bagi Kategori A, B dan C akan terus meningkat pada 2024 sebelum mencapai tempoh bekalan tertinggi mulai 2026.

Kuota motosikal (Kategori D) pada 2024 dijangka kekal setanding dengan 2023, tambah LTA.

Untuk tempoh tiga bulan selepas April 2024, terdapat 3,105 COE yang bakal tersedia – jumlah yang sama seperti tiga bulan sebelumnya.

LTA mengumumkan bahawa dalam tempoh tiga bulan mulai Februari, ia akan membawa ke hadapan jaminan pembatalan pendaftaran COE motosikal yang diperbaharui selama lima tahun dan tidak boleh dilanjutkan lagi, “untuk mengurangkan turun naik bekalan kuota”.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg