Topik diikuti
Pergi ke BHkuSeks dengan budak bawah umur: Bekas guru agama diarah jalani pemulihan
Seks dengan budak bawah umur: Bekas guru agama diarah jalani pemulihan
Seks dengan budak bawah umur: Bekas guru agama diarah jalani pemulihan
Seorang bekas guru agama pada 30 Jun telah diarah menjalani latihan pemulihan selama sekurang-kurangnya enam bulan kerana menyuruh seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun melakukan perbuatan seks terhadapnya.
Bekas guru berusia 20 tahun itu mengenali mangsa di sebuah masjid, sebelum melakukan kesalahan tersebut di sebuah blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).
Di bawah program latihan pemulihan, pesalah muda akan ditahan di sebuah pusat dan menjalani rutin ketat yang boleh merangkumi latihan fizikal dan kaunseling.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Shaiffudin Saruwan menegaskan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan serius, dan terdapat keperluan menerapkan elemen pencegahan dalam hukuman tersebut.
Hakim itu turut mengambil kira jenayah tersebut melibatkan sentuhan kulit dengan mangsa, selain jurang usia ketara antara kedua-dua pihak.
Pesalah, yang namanya tidak boleh didedahkan atas perintah sekatan mahkamah bagi melindungi identiti mangsa, mengaku bersalah pada Disember 2025 atas pertuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang kanak-kanak.
Dalam prosiding sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Yohanes Ng memberitahu mahkamah, belia tersebut merupakan guru agama kepada mangsa pada awal 2025.
Dia pernah mengajar kanak-kanak itu dalam tiga kelas yang terdiri daripada kumpulan kecil melibatkan lima hingga enam pelajar.
Dia kemudian mendapatkan butiran kesemua pelajar berkenaan dan meletakkan mereka dalam satu kumpulan sembang bagi menghantar nota pelajaran.
Selepas salah satu sesi pembelajaran tamat, dia meluangkan masa bersama mangsa serta membelikannya makan tengah hari dan coklat.
Mangsa kemudian menceritakan perkara itu kepada ibunya, dan wanita tersebut kemudian membuat aduan kepada masjid berkenaan.
Selepas itu, belia berkenaan dipecat daripada jawatannya.
Namun, dia dan mangsa kemudian menjalinkan hubungan secara rahsia.
Dia bertemu mangsa pada 8 Mei 2025, dan mereka pergi ke sebuah tempat letak kereta bertingkat, di mana lelaki itu mencium dan merabanya.
Lima hari kemudian, mereka pergi ke tangga sebuah blok HDB.
Lelaki itu menyuruh kanak-kanak berkenaan melakukan perbuatan seks oral terhadapnya, namun dia enggan melakukannya, tetapi mangsa kemudian melakukan perbuatan seks lain terhadapnya.
Hubungan mereka akhirnya terputus selepas pihak lain, yang tidak didedahkan identitinya di mahkamah, mendapat tahu tentang hubungan itu.
Kanak-kanak itu menceritakan perbuatan seks tersebut kepada ibunya, yang kemudian membuat laporan polis pada Julai 2025.
Pada 30 Jun, pesalah memohon untuk dikenakan hukuman probesyen sambil menyatakan dia menyesali perbuatannya.
Dia turut memberitahu hakim bahawa ibu bapanya kerap memeriksa telefon bimbitnya bagi memantau kegiatannya.
