Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas kader WP: Pritam bimbang pemerintah sudah sedar anekdot Raeesah tidak benar

Oct 18, 2024 | 8:21 PM
Encik Yudhishthra Nathan jadi saksi ketiga dalam perbicaraan Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh.
Encik Yudhishthra Nathan jadi saksi ketiga dalam perbicaraan Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh. - Foto ST

Seorang bekas kader Parti Pekerja (WP) Encik Yudhishthra Nathan, menjadi saksi ketiga dalam perbicaraan Setiausaha Agung WP, Encik Pritam Singh, selepas pihak pembelaan menamatkan soal balas terhadap bekas kader WP, Cik Loh Pei Ying, pada 18 Oktober, hari kelima perbicaraan.

Dalam keterangannya, Encik Nathan berkongsi peranannya sebagai setiausaha jawatankuasa yang menganjurkan acara akar umbi di GRC Sengkang berikutan kemenangan WP pada 2020.

Beliau berkata telah bertemu dengan bekas Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang, Cik Raeesah Khan ketika penglibatannya dalam GRC Sengkang. 

Encik Nathan memberitahu mahkamah bahawa Cik Raeesah menyatakan yang pemimpin WP ingin beliau berterus terang namun tidak pasti sekiranya beliau patut berkongsi tentang pengalaman peribadinya sebagai mangsa penderaan seksual.

“Saya ingat saya beritahu beliau (Cik Raeesah) bahawa itu bak membunuh diri (dari sudut politik)... untuk ke Parlimen, dengan AP anda ke Parlimen lalu berkata, ‘Hei semua, saya berbohong’ dan langsung tidak jelaskan bagaimana beliau sampai berbohong tanpa (memberikan) sebarang konteks,” kata Encik Nathan.

Encik Nathan berkata beliau bertanyakan Encik Pritam semasa satu mesyuarat pada 12 Oktober 2021, apakah yang membuat parti itu mengubah fikiran tentang langkah agar Cik Raeesah berterus terang,

Menurutnya, jawapan ketua WP itu adalah beliau bimbang pemerintah sudah sedar bahawa anekdot Cik Raeesah adalah tidak benar.

“Saya rasakan ketika itu beliau (Encik Pritam) berasa takut akan Encik K. Shanmugam (Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri) dan pemerintah, dan saya ingat beliau berkata bahawa sekiranya parti itu menyembunyikan pembohongan itu, parti tersebut akan menerima karma buruk,” kata Encik Nathan, seperti yang dilaporkan The Straits Times.

Pihak pendakwaan melengkapkan soalan terhadap Encik Yudhishthra Nathan, mengakhiri minggu pertama perbicaraan ke atas Encik Pritam Singh.

Perbicaraan akan disambung pada 21 Oktober, apabila peguam Encik Pritam, meneruskan soal balas terhadap Encik Nathan.

Bekas setiausaha agung WP, Encik Low Thia Khiang, juga dijangka memberi keterangan minggu depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg