Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Bekas pelajar ITE terus bina semangat membantu di politeknik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pelajar ITE terus bina semangat membantu di politeknik

Feb 26, 2024 | 06:33 PM



Minat menyumbang sebagai relawan yang tercetus semasa pandemik Covid-19 ketika masih menuntut di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat berterusan selepas Encik Imran Mean meninggalkan ITE dan kini menuntut di Politeknik Ngee Ann.

Bekas pelajar kursus perkhidmatan kembara dan pelancongan Nitec itu berkongsi pengalamannya mengumpul $2,500 bagi membantu pekerja penting yang tidak dapat bekerja dari rumah semasa pandemik sedang menular.

“Dalam masa tiga minggu, saya dapat meraih $2,500 melalui kempen menderma dalam talian yang saya lancarkan. Dengan wang itu, saya membeli 10 karton buah-buahan yang kemudiannya saya agihkan kepada pekerja penting di Woodlands dan Marsiling,” kata Encik Imran.

Teman-temannya kemudian mula menghantar mesej dan menunjukkan minat dan keinginan untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Dengan hasrat melakukan kerja bermakna, Encik Imran membuat penyelidikan mencari kursus yang sesuai dan sehaluan dengan matlamatnya dan mendapat tahu mengenai kursus diploma dalam pembangunan masyarakat yang ditawarkan Politeknik Ngee Ann (NP), lalu menjadi pilihan beliau melanjutkan pengajiannya.

Namun, peralihan dari ITE ke politeknik bukan mudah.


Dalam pada itu, inisiatif di bawah Belanjawan 2024 yang memberi pelajar ITE rangsangan kewangan jika mereka meneruskan pengajian dan menamatkan diploma boleh memberi insentif tambahan kepada pelajar seperti Encik Imran, 22 tahun.

Berkongsi mengenai beberapa cabaran yang harus diatasi semasa di NP, beliau berkata sekitaran pembelajaran di politeknik berbeza daripada ITE.


“Kita harus belajar berdikari, ketahui bagaimana mendapatkan bantuan dan siapa yang boleh bantu kita.


“Ia juga mengambil masa untuk membuat kawan dan menjalin hubungan dengan teman baru,” kata beliau.


Menurutnya lagi, terdapat lebih banyak peluang mengikuti program latihan bekerja atau attachment di politeknik berbanding di ITE.


Walaupun sukar menyesuaikan diri pada mulanya, Encik Imran teguh mengharunginya.

Menjelaskan cara beliau mengimbangi masa antara pengajian dengan IM Volunteers Network SG, rangkaian relawan belia yang diketuainya, Encik Imran berkata pensyarah memahami jadual sibuknya dan menyokong kegiatan luarannya.

“Pensyarah saya sering bertanya khabar dan berminat dengan inisiatif IM Volunteers Network SG.


“Ada kalanya mereka mengizinkan saya menamatkan kelas lima atau 10 minit lebih awal untuk acara yang harus saya hadiri. Mereka juga galakkan saya berkongsi inisiatif saya bersama teman sekelas” ujar Encik Imran.


Beliau berharap dapat mengembangkan sayap IM Volunteers Network ke Indonesia dan Thailand, menyusuli kejayaan rangkaian relawan itu di Melaka bersama Pertubuhan Yayasan Sahabat Ukhwah pada 10 Februari.


“Carilah sebab untuk diperjuangkan dan mula dari situ,” kata Encik Imran kepada belia yang ingin menjadi relawan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >