Hukuman penjara Edmund Chen ditangguh, ikat jamin naik $15,000

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hukuman penjara Edmund Chen ditangguh, ikat jamin naik $15,000

Feb 6, 2026 | 6:56 PM

Hukuman penjara Edmund Chen ditangguh, ikat jamin naik $15,000

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
edmund chen, hukuman penjara ditangguh,
Bekas pelakon, Edmund Chen (tengah), diiringi peguam barunya daripada firma Contigo Law di Mahkamah Negara pada 6 Februari. - Foto ST

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara lima hari bagi bekas pelakon, Edmund Chen, sementara menunggu keputusan rayuannya berhubung satu kemalangan jalan raya.

Chen, 64 tahun, yang dicatat dalam rekod mahkamah sebagai Tan Kai Yuan, hadir di Mahkamah Negara pada 6 Februari, beberapa hari selepas memfailkan rayuan terhadap hukuman tersebut pada 2 Februari.

Hakim Daerah Shawn Ho, yang menjatuhkan hukuman ke atas Chen pada 29 Januari, membenarkan penangguhan hukuman serta menaikkan ikat jamin daripada $10,000 kepada $15,000. 

Hakim tersebut memutuskan hukuman penjara walaupun pihak pendakwaan hanya memohon denda antara $3,000 dengan $5,000.

Chen mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan seorang penunggang motosikal berusia 21 tahun cedera parah akibat pemanduannya yang cuai. 

Nahas itu menyebabkan mangsa mengalami beberapa tulang yang patah di pergelangan tangan.

Dia sepatutnya mula menjalani hukuman penjara pada 9 Mac selepas diberikan penangguhan bagi menguruskan urusan peribadi sempena Tahun Baru Cina. 

Hakim turut melarangnya daripada memandu selama lima tahun.

Diiringi peguam barunya, Encik Kelvin Ong dan Encik Dickson Chew daripada firma Contigo Law, Chen kelihatan tenang ketika memasuki mahkamah. 

Semasa perbicaraan mahkamah, dia menamatkan khidmat peguam lamanya daripada firma Invictus Law.

Encik Ong berkata pihak pembelaan memohon penangguhan hukuman penjara dan larangan memandu. 

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Stephen Yeo memohon agar ikat jamin dinaikkan memandangkan Chen telah disabitkan kesalahan, namun menyerahkan jumlahnya kepada mahkamah.

Sementara itu, Encik Ong memohon agar ikat jamin anak guamnya dinaikkan sehingga $15,000.

Mahkamah sebelum ini dimaklumkan Chen sedang memandu di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) menghala ke Ekspreswe Central (CTE) sekitar tengah hari pada 4 Mac 2025. 

Dia memperlahankan kenderaannya sehingga hampir berhenti sebelum menyelit secara tiba-tiba ke lorong lain. 

DPP Yeo berkata dia berada di lorong yang salah dan hampir berhenti secara mengejut ketika cuba memasuki laluan CTE/Ekspreswe Seletar (SLE), sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal melanggar keretanya walaupun cuba mengelak.

Mangsa menjalani pembedahan, dimasukkan ke hospital selama dua hari dan diberi cuti hospital selama 99 hari, tanpa mengalami kecacatan kekal.

Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Ho menyifatkan tindakan Chen sebagai perbuatan sengaja terhadap peraturan keselamatan lebuh raya.

Ketika ditemui wartawan selepas kesnya didengar di mahkamah pada 6 Februari, Chen enggan mengulas mengenai rayuannya dan penukaran peguam.

Dalam bahasa Mandarin, Chen berkata dia menghormati mahkamah dan proses undang-undang yang masih berlangsung.

Ditanya sama ada dia akan memandu semula selepas tempoh larangan tamat, dia berkata: “Saya rasa tidak. Lima tahun lagi, umur saya hampir 70 tahun.”

Chen pernah menjadi nama besar dalam industri hiburan tempatan dan merupakan suami kepada pelakon veteran, Xiang Yun. 

Anak-anak mereka juga terlibat dalam dunia seni.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg