Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas pemain Tg Pagar didapati salah tumbuk pemain lawan

Nov 25, 2025 | 5:29 PM
tanjong pagar united, albirex niigata, tumbuk, bersalah
Bekas pemain bola sepak, Tanjong Pagar United, Rizqin Aniq Rahaizad, disabitkan kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja terhadap dua pemain kelab bola sepak, Albirex Niigata. - Foto ST

Ketegangan yang memuncak sepanjang satu perlawanan bola sepak melibatkan pemain muda tempatan meletus selepas wisel penamat.

Seorang pemain kelab bola sepak, Tanjong Pagar United, menumbuk dua pemain Albirex Niigata.

Tumbukan kuatnya itu menyebabkan salah seorang mangsa rebah seketika.

Laporan kesesuaian untuk diletakkan di bawah probesen bagi Rizqin Aniq Rahaizad, 20 tahun, dibentangkan Hakim Daerah Kessler Soh pada 25 November, selepas Rizqin didapati bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Mahkamah diberitahu pada 10 Februari, Rizqin – ketika itu pemain tengah Tanjong Pagar United – ikut beraksi dalam perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) bagi pemain bawah 21 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Thaddeus Tan berkata ketegangan antara kedua-dua pasukan memuncak sepanjang perlawanan.

Dalam satu kejadian, Rizqin terdengar seorang pemain Albirex Niigata berusia 17 tahun mengejek salah seorang rakan pasukannya, kata DPP Tan.

Pasukan Rizqin akhirnya menang 3-2 di depan hampir 200 penyokong, lapor The Straits Times (ST).

Apabila pemain kedua-dua pasukan beratur di padang untuk bersalaman selepas perlawanan, Rizqin menumbuk muka pemain Albirex Niigata itu sambil mengejeknya.

Kekecohan itu menyebabkan pemain dan kakitangan kedua-dua pasukan masuk campur, serta cuba menarik Rizqin keluar dari padang.

Meskipun begitu, Rizqin kembali berlari ke padang dan menumbuk muka seorang lagi pemain Albirex Niigata, Kenji Austin Ho, 20 tahun, menyebabkan beliau rebah, kata DPP Tan.

Ho berada dalam keadaan keliru apabila beliau kembali sedar dan kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi konkusi.

Ho, yang ketika itu sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS), kemudian dilaporkan mengalami serangan panik. 

Laporan perubatan menunjukkan beliau mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) ringan dan kecelaruan panik.

Di mahkamah, Rizqin tidak menunjukkan sebarang perasaan apabila video serangan itu dimainkan semula.

Pada 12 Februari, Tanjong Pagar United mengumumkan mereka telah menamatkan kontrak Rizqin. 

ST melaporkan pada Mac Rizqin turut dikenakan larangan bermain selama 30 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan didenda $2,000.

Jika disabitkan atas tuduhan membuat serangan, Rizqin boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan dikenakan denda sehingga $5,000 bagi setiap pertuduhan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg