Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas penjawat awam mula ‘tarik perhatian’ sejak 2021

Jul 15, 2024 | 7:49 PM
An’nadya An’nahari, 33 tahun, telah dikenakan Arahan Sekatan (RO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Julai.
An’nadya An’nahari, 33 tahun, telah dikenakan Arahan Sekatan (RO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Julai. - Foto fail

Bekas penjawat awam yang dikenakan Arahan Sekatan (RO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Julai telah mempromosikan keganasan terhadap warga Israel dan Yahudi.

Dia juga merupakan penyokong tegar pelbagai pertubuhan pelampau dan pengganas.

An’nadya An’nahari, 33 tahun, seorang bekas pengurus di sebuah lembaga berkanun, telah meluahkan sokongannya terhadap Axis of Resistance (AOR), sebuah rangkaian militan Islam yang merangkumi kumpulan seperti Hamas, Briged Al-Qassam (AQB), Hezbollah dan Houthi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada 15 Julai, An’nadya mula-mula menarik perhatian pihak berkuasa pada Mei 2021 atas hantaran dalam taliannya yang berpotensi mencetuskan ketidakharmonian sosial.

“Dia tidak menunjukkan kecenderungan radikal ketika itu dan telah memadamkan hantaran dalam taliannya selepas dinasihatkan oleh pihak berkuasa.

“Dia kemudian mendapat perhatian pada April 2024 atas kegiatan dalam taliannya, termasuk ancaman untuk menyerang dan membunuh warga Israel.

“Radikalisasi An’nadya bermula selepas serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober 2023. Dia mula menonton video dalam talian mengenai situasi di Gaza, yang kebanyakannya menunjukkan rakyat Palestin dibunuh.

“Dia juga menyertai beberapa kumpulan media sosial, kebanyakannya berkongsi maklumat mengenai operasi ketenteraan oleh Hamas dan sayap tenteranya, AQB. Dia kemudiannya terdedah kepada kegiatan AOR dan operasi ketenteraan mereka,” kata kenyataan itu.

An’nadya, yang tidak lagi bekerja dengan lembaga berkanun itu, merupakan penjawat awam kedua yang dikeluarkan dengan perintah ISA.

Penjawat awam pertama ialah Mohamed Khairul Riduan Mohamed Sarip, bekas guru, yang telah dikenakan perintah tahanan pada November 2022 kerana merancang untuk pergi ke Gaza untuk menyertai konflik bersenjata bersama Hamas dan AQB.

ISD menambah An’nadya mula melihat kumpulan di bawah AOR sebagai pejuang penentangan, walaupun mengetahui bahawa mereka telah ditetapkan sebagai organisasi pengganas oleh beberapa negara.

Dia juga secara aktif menyertai beberapa kumpulan media sosial pro-AOR, yang mana dia akan mengenalkan dirinya sebagai warga Singapura dan secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap AOR dan operasi keganasan mereka.

“Dia sering menyatakan permusuhannya terhadap Israel dan Yahudi, dan membuat ancaman ganas terhadap mereka. An’nadya juga menggesa keganasan terhadap Singapura.

“Sokongan padu An’nadya untuk AOR dan operasi ganas mereka, dan kesediaannya menyebarkan propaganda untuk mempromosikan perjuangan mereka, menjadikan dia kebimbangan keselamatan,” kata ISD.

Ia menambah walaupun An’nadya telah dinasihatkan pada 2021 supaya berhati-hati dengan kegiatan media sosialnya, dia tidak mengendahkan nasihat itu, dan sebaliknya, telah meningkatkan aktiviti dalam taliannya sehingga mengambil bahagian dalam pemahaman radikal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg