Bekas setiausaha Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) Syed Haroon Aljunied, meninggal dunia.
Ini dinyatakan Muis dalam satu catatan Facebook pada 27 November.
Menurut Muis, pihaknya menerima berita pemergian Syed Haroon dengan sedih yang mendalam.
“Syed Haroon Aljunied berkhidmat sebagai Setiausaha Muis dari 1985 hingga 2007, di mana beliau secara signifikan membentuk semula pentadbiran hal ehwal Islam di Singapura.
“Visi dan kepimpinan beliau mengubah Muis melalui inisiatif inovatif dan perancangan strategik.
“Di bawah bimbingan Syed Haroon, Muis melalui pemodenan yang besar.
“Beliau menjadikan operasi yang profesional dengan merekrut pakar untuk meningkatkan keupayaan dan memperbaiki perkhidmatan.
“Pendekatan berwawasan beliau membawa kepada penggiatan semula harta wakaf, mengubah aset yang kurang digunakan kepada sumber berharga yang terus memberi manfaat kepada masyarakat Islam hari ini,” kata Muis.
Sumbangan Syed Haroon, tambah Muis melangkaui pembaikan kepada pentadbiran.
Beliau juga memantau perkembangan banyak masjid baru di serata estet perumahan di Singapura.
Pendekatan inovatif beliau terhadap pembangunan wakaf menjadikan Muis sebagai penerima Anugerah Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Makhtoum.
“Dedikasi Syed Haroon juga dihargai menerusi Anugerah Perkhidmatan Awam serta Anugerah Sambutan Ulang Tahun Muis ke-40.
“Kami menyampaikan takziah kepada keluarganya,” tambah Muis.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg