Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

BH anjur bengkel media bagi kakitangan masjid

Nov 26, 2024 | 5:47 PM
Kakitangan komunikasi masjid yang menyertai bengkel anjuran Berita Harian pada 26 November kelihatan sedang giat melaksanakan aktiviti penulisan bersama. (Dari kiri) Ustaz Muhammad Hafiidz Awang dari Masjid Jamek Queenstown; Encik Muhammad Azhari Alias dari Masjid Jamek Queenstown; Ustaz Ibrahim Samat dari Masjid Darul Ghufran; Encik Muhammad Haidar Mohd Anuar dari Masjid Al-Abdul Razak; Encik Mohamad Ridhwan Masud dari Masjid Kassim; dan Encik Mohammad Sharizal Selamat dari Masjid Yusof Ishak.
Kakitangan komunikasi masjid yang menyertai bengkel anjuran Berita Harian pada 26 November kelihatan sedang giat melaksanakan aktiviti penulisan bersama. (Dari kiri) Ustaz Muhammad Hafiidz Awang dari Masjid Jamek Queenstown; Encik Muhammad Azhari Alias dari Masjid Jamek Queenstown; Ustaz Ibrahim Samat dari Masjid Darul Ghufran; Encik Muhammad Haidar Mohd Anuar dari Masjid Al-Abdul Razak; Encik Mohamad Ridhwan Masud dari Masjid Kassim; dan Encik Mohammad Sharizal Selamat dari Masjid Yusof Ishak. - Foto BH oleh FARID HAMZAH

Sekitar 30 kakitangan masjid dari jabatan pemasaran dan hubungan menghadiri bengkel media di bilik berita Berita Harian (BH) pada 26 November.

Ia merupakan sesi kedua daripada dua sesi yang dikendalikan BH untuk kakitangan masjid, dengan sesi pertama berlangsung pada 19 November.

Secara keseluruhan, 60 kakitangan masjid telah mengambil bahagian dalam bengkel itu, yang turut merangkumi perjalanan pembelajaran selama sejam untuk mengenali operasi dan fungsi bilik berita.

Kerjasama antara BH dengan masjid itu bertujuan melengkapkan kakitangan masjid dengan kemahiran penulisan kreatif serta menghasilkan video ringkas.

Selain itu, peserta berpeluang mempelajari cara menulis undangan buat media, menyiapkan siaran akhbar, dan memahami sudut liputan media untuk acara masjid.

Semasa bengkel tersebut, peserta menunjukkan semangat dan kesungguhan dalam memahami kandungan yang disampaikan serta melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan yang dijalankan.

Kedua-dua sesi itu dikendalikan oleh Editor Berita BH, Encik Nazri Hadi Saparin, dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Satu Sektor Masjid, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Hisham Hasim.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg