Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas tukang urut dijel 4 bulan, ajaran bercanggah hukum Islam

Jul 7, 2025 | 6:57 PM
Dari mahkamah, Bekas tukang urut, dijel
Mohd Razif Radi dijatuhi hukuman penjara empat bulan pada 7 Julai atas satu pertuduhan mengajar ajaran yang bertentangan dengan hukum Islam. - Foto ST

Seorang bekas tukang urut dihukum penjara empat bulan pada 7 Julai atas satu pertuduhan mengajar ajaran yang bertentangan dengan undang-undang Islam.

Hakim Daerah Shaiffudin Saruwan sebelum ini mensabitkan Mohd Razif Radi, 67 tahun, atas kesalahan tersebut di bawah Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) selepas perbicaraan dijalankan, lapor The Straits Times (ST).

Kesalahan Razif melibatkan perancangan rapi dan memberi kesan kepada ramai mangsa, serta mencetuskan kebimbangan dan kemarahan awam.

Seorang saksi memberitahu mahkamah Razif mengajar bahawa wang judi boleh “disucikan”, mendakwa dirasuk roh ‘Mbah’ serta menyebarkan ajaran perkahwinan batin. 

Seorang lagi saksi berkata Razif mahu 13 isteri dan telah “mengahwini” seorang peniaga wanita.

Isteri saksi tersebut, yang turut menghadiri kelas Razif, kemudian memfailkan perceraian dan kini menjalankan perniagaan bersama Razif.

Razif, yang bukan asatizah bertauliah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS), mengajar bahawa berjudi boleh dihalalkan dan mendakwa lelaki dan wanita boleh berkahwin secara sah melalui “perkahwinan batin”.

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyatakan bahawa berjudi adalah haram dalam Islam, dan perkahwinan batin adalah tidak sah kerana tiada saksi, akad nikah dan mas kahwin. 

Muis turut menambah bahawa perkahwinan sebegitu biasanya tidak mempunyai had bilangan isteri dan berlaku sama ada antara pengikut atau antara guru dengan pelajar.

Razif turut mendakwa beliau boleh memanggil roh ‘Mbah’ yang kononnya Nabi Muhammad saw atau keturunan Baginda.

Razif menafikan semua dakwaan semasa memberi keterangan pada November 2024, mengatakan beliau tidak pernah mengajar kelas agama atau mengambil peranan ‘Mbah’.

Dia mendakwa baru kali pertama mendengar istilah “perkahwinan batin” semasa kes mahkamah bermula.

Pada 7 Julai, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sruthi Boppana memohon hukuman penjara antara lima bulan dengan tujuh bulan dengan alasan ajaran Razif menyebabkan keretakan hubungan keluarga dalam kalangan pengikutnya serta didorong oleh kepentingan diri sendiri.

Peguam bela, Encik Simon Tan, pula merayu agar anak guamnya hanya didenda, memandangkan Razif sudah lanjut usia dan telah berhenti mengadakan kelas sejak 2012.

Razif masih berdepan satu lagi tuduhan – mengendalikan sekolah agama Islam yang tidak berdaftar dengan Muis dari sekitar 2017 hingga 2020, yang didakwa berlaku di sebuah kedai makan bernama Lina’s Cafe di Jalan Pisang.

Sesi praperbicaraan bagi kes itu dijadualkan pada Ogos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg