Topik diikuti
Pergi ke BHkuBelajar Al-Quran dan bahasa Arab secara fleksibel
Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) menawarkan pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab secara fleksibel dan berperingkat, lantas membuka ruang kepada masyarakat agar terus belajar di tengah-tengah pelbagai komitmen.
Sudah lama ingin memperbaiki bacaan Al-Quran atau mempelajari bahasa Arab, tetapi sering tertangguh kerana kesibukan?
Tuntutan kerjaya, keluarga, pengajian dan pelbagai komitmen harian sememangnya boleh menjadikan langkah kembali belajar terasa sukar.
Namun, kesibukan tidak seharusnya memadamkan hasrat terus menuntut ilmu.
Menguasai bacaan Al-Quran dengan bertajwid serta memahami bahasa Arab merupakan kunci utama bagi meningkatkan mutu ibadah dan penghayatan dalam solat harian.
Menerusi Pengajian Al-Quran (PAQ) dan Pengajian Bahasa Arab (PBA), pelajar bukan sahaja dapat memperkemas kemahiran bacaan bertajwid, malah membina kefahaman terhadap makna ayat yang dibaca.
Kerisauan terhadap komitmen jangka panjang dan tanggapan bahawa pembelajaran yang baik memerlukan kehadiran fizikal sepenuhnya turut menjadi cabaran bagi mereka yang ingin memulakan langkah.
Bimbingan Berperingkat dan Praktikal di IPIP
Menurut Ustaz Ahmad Shamsudin Ahmad, seorang asatizah IPIP berpengalaman, pengajian Al-Quran disusun secara berperingkat daripada tahap Asas hingga Lanjutan agar setiap pelajar dapat bermula mengikut kemampuan sedia ada dengan yakin.
Melalui gabungan sesi dalam talian dan bersemuka, guru tetap dapat membetulkan sebutan makhraj serta memberikan bimbingan Talaqqi dan Tahsin secara langsung.
Pendekatan ini memberi ruang yang lebih praktikal kepada mereka yang mempunyai pelbagai komitmen, tanpa menjejaskan mutu bimbingan bacaan Al-Quran.
Bagi Pengajian Bahasa Arab (PBA), Asatizah Separuh Masa IPIP, Ustazah Zainab Ahmat, menjelaskan bahawa pengajaran di IPIP menerapkan kegiatan interaktif dan penguasaan kosa kata moden.
Ini membantu pelajar menguasai kemahiran mendengar, membaca, menulis dan berkomunikasi secara bertahap, sekali gus membina keyakinan dalam mempelajari bahasa Arab.
Struktur Pengajian Modular dan Fleksibiliti Masa
Bagi memudahkan mereka yang mempunyai pelbagai komitmen mengikuti pengajian, IPIP merangka struktur pengajian yang lebih fleksibel:
Pembelajaran Teradun: Gabungan kelas bersemuka dan dalam talian memudahkan pelajar menguruskan masa tanpa perlu berulang-alik setiap minggu.
Modul 12 Minggu: Membolehkan pelajar beri perhatian pada satu peringkat tanpa terikat dengan komitmen bertahun-tahun.
Jadual yang Sesuai: Pilihan jadual di luar waktu bekerja dan pada hujung minggu.
Bagi memastikan pembelajaran yang teratur, kedua-dua program disusun mengikut tiga peringkat utama: Asas, Pertengahan dan Lanjutan.
Susunan ini membolehkan pelajar membina kemahiran secara bertahap dan bermula mengikut kemampuan masing-masing.
Tidak perlu menunggu sehingga mempunyai lebih banyak masa atau merasakan diri sudah benar-benar bersedia.
Dalam perjalanan menuntut ilmu, yang penting ialah kesediaan memulakan langkah.
Bagi pengambilan September ini, IPIP membuka pendaftaran bagi dua program utama:
1. Pengajian Al-Quran (PAQ): Tingkatkan kemampuan membaca Al-Quran dengan bertajwid mengikut tahap kemahiran pelajar.
2. Pengajian Bahasa Arab (PBA): Kuasai bahasa Arab mengikut tahap pelajar dengan penekanan pada empat kemahiran: pendengaran, pembacaan, penulisan dan perbualan.
Kesibukan tidak semestinya menjadi penghalang agar terus belajar. Dengan pengajian yang fleksibel, tersusun dan berperingkat, langkah kecil yang dimulakan hari ini boleh membawa manfaat ilmu dalam ibadah dan kehidupan, insya-Allah.
SEKILAS
Daftar untuk Kelas Pengambilan September Ini:
Program Ditawarkan: Pengajian Al-Quran (PAQ) dan Pengajian Bahasa Arab (PBA)
Tempoh Modul: 12 minggu setiap modul
Format Kelas: Pembelajaran Teradun (Gabungan Bersemuka dan Dalam Talian)
Maklumat Lanjut dan Pendaftaran: Layari ipip.sg
Program lain yang akan ditawarkan:
Program Takrif Islam (PTI)
Islamic Thought & Tradition (ITT)
Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI)
Bachelor of Islamic Revealed Knowledge & Heritage (BIRKH)
