Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengajian Islam berstruktur, fleksibel untuk profesional dan keluarga
Pengajian Islam berstruktur, fleksibel untuk profesional dan keluarga
Pengajian Islam berstruktur, fleksibel untuk profesional dan keluarga
Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) sering dikenali sebagai institusi pengajian Islam bagi golongan dewasa.
Namun keistimewaannya terletak pada laluan pembelajaran berstruktur yang membolehkan pelajar bermula dari peringkat asas hingga ijazah, tanpa menjejaskan kerjaya dan komitmen keluarga.
Pelajar boleh memulakan perjalanan melalui Program Takrif Islam (PTI), diikuti Sijil Pengajian Islam (SPI), Sijil Lanjutan Pengajian Islam (SLPI), Diploma Pengajian Islam (DPI), dan seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (BIRKH), iaitu program kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
DARI SIJIL KE IJAZAH
Sebagai peguam korporat dalam industri perkapalan, Encik Adam Jefri, 38 tahun, sering mengendalikan tugasan mencabar termasuk perjalanan kerja ke London dan Dubai, selain berurusan dengan ibu pejabat syarikatnya di Jakarta, Indonesia.
Walaupun sibuk dan tanpa latar belakang madrasah, bapa dua anak itu memulakan pengajian di IPIP menerusi program SPI pada 2019 kerana tertarik dengan laluan pembelajaran berstruktur hingga ke peringkat ijazah.
“Ketika mula menyertai SPI enam tahun lalu, ramai pelajar lebih muda daripada saya, tetapi saya tidak malu belajar.
“Apabila mendalami hadis, Al-Quran dan tafsir, saya sedar betapa kurangnya pengetahuan agama saya. Kesedaran itu mendorong saya terus menuntut ilmu dan memperbaiki diri,” katanya.
Hasil kesinambungan program di IPIP, Encik Adam kini melanjutkan pengajian dalam program Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (BIRKH).
Perjalanan akademik Encik Adam membuktikan keberkesanan laluan ini
SISTEM PEMBELAJARAN TERADUN
Di sebalik kejayaan pelajarnya, IPIP menawarkan kelebihan signifikan, iaitu sistem pembelajaran teradun (blended learning).
Ia direka khusus untuk individu dewasa yang ingin mengimbangi tuntutan kerjaya dan tanggungjawab keluarga.
Program ini menawarkan pilihan jadual kelas yang bersesuaian dengan komitmen anda, sama ada pada malam hari biasa selepas waktu bekerja atau pada hujung minggu
Pelaksanaan model pembelajaran teradun ini menawarkan keseimbangan ideal kepada para pelajar melalui kombinasi sesi dalam talian dan fizikal.
Bagi menyokong keberkesanan kaedah teradun ini, komponen e-pembelajaran turut disediakan melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) bagi memudahkan pelajar mengakses bahan rujukan dan mengulang kaji secara kendiri pada bila-bila masa.
Sesi bersemuka juga terus dikekalkan dalam format kelas bersama guru bagi memastikan interaksi langsung serta penghayatan ilmu dapat diteruskan secara bermakna.
Kekuatan IPIP turut terletak pada dedikasi pensyarah dan asatizah yang berpengalaman.
Walaupun sibuk, mereka sentiasa mudah didekati serta komited membimbing dan memperkukuh pemahaman pelajar terhadap ilmu agama.
Lebih bermakna lagi, perjalanan Encik Adam turut memberi inspirasi kepada isterinya untuk mendaftar dalam program berstruktur di IPIP.
Ini menunjukkan bahawa sistem pembelajaran fleksibel dan tersusun bukan sahaja sesuai untuk individu, malah mampu mewujudkan budaya pembelajaran dalam sesebuah keluarga.
Bagi individu yang berhasrat mendalami ilmu Islam, namun berdepan tuntutan kerjaya dan komitmen harian yang padat, kisah Encik Adam membuktikan bahawa kesibukan bukanlah penghalang menuntut ilmu.
Dengan perancangan pendidikan yang mudah diikuti serta platform pembelajaran sesuai, maka aspirasi akademik dalam bidang pengajian Islam mampu direalisasikan.
SEKILAS
+ Program bagi kemasukan Julai dan Ogos telah dibuka untuk pendaftaran.
+ Hubungi talian 6346-9351 atau layari https://ipip.sg bagi mendapatkan maklumat lanjut atau pendaftaran.
+ Kunjungi pejabat di 448 Changi Road #03-01 Wisma Indah, Singapore 419975.
+ E-mel info@ipip.sg untuk sebarang pertanyaan.
