Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Belajar tentang ladang ternakan di S’pura, tonton persembahan silap mata

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belajar tentang ladang ternakan di S’pura, tonton persembahan silap mata

Apr 16, 2024 | 12:43 PM



Jadikan masa keluarga lebih istimewa dengan idea dan kegiatan berikut:

Buku ‘Let’s Discover Our Farms, Singapore!’

Menurut laporan Statistik Makanan Singapura pada 2022, Singapura dianggar mempunyai 260 ladang ternakan. Berapa banyak ladang yang anak-anak anda tahu?

Buku, Let’s Discover Our Farms, Singapore! (Mari Terokai Ladang Kita, Singapura!), bertujuan memperkenalkan kanak-kanak berusia tiga hingga lapan tahun ke tempat tanaman dan haiwan ternakan untuk dijadikan makanan. Ia termasuk ladang tenusu, telur, ikan, katak dan cendawan.


Ditulis oleh ahli sains, Cik Amalina Ebrahim Attia, dan petani, Encik Kenny Eng, buku itu juga berkongsi matlamat Singapura untuk menghasilkan 30 peratus keperluan makanan secara mampan menjelang 2030.

“Singapura mengimport 90 peratus makanannya dari negara lain. Kita mahu mengembangkan 30 peratus makanan yang kita perlukan di Singapura menjelang 2030,” kata mereka.

Kanak-kanak juga boleh mempelajari fakta menyeronokkan, seperti bagaimana ternakan ikan boleh menghasilkan sebanyak 1,000 tan ikan setahun.

Encik Eng yang pengarah perniagaan hortikultur di Nyee Phoe Group, berkata: “Kami mahu memudahkan pengalaman dari ladang ke meja untuk pembaca muda kita dan membantu mereka meningkatkan penghargaan terhadap ladang tempatan kita.”

Buku itu dijual pada harga $12.90 (kulit biasa) dan $19.90 (kulit keras) melalui laman web penerbit WS Education.

Lungsuri laman web, str.sg/kBF6 untuk maklumat lanjut.

Persembahan jalanan
di CQ Streetfest

Saksikan persembahan jalanan oleh artis dari seluruh dunia di CQ @ Clarke Quay’s Fountain Square. Terdapat 45 pertunjukan percuma dari 17 April hingga 21 April sebagai sebahagian acara CQ Streetfest.

Barisan persembahan termasuk daripada Rob Roy Collins, artis silap mata terkemuka United Kingdom, dan akrobat Pancho Libre dari Mexico.

Terdapat juga Richard Garaghty dari Italy, yang terkenal dengan kemahirannya menjugel secara komedi sambil menaiki ekasikal (basikal satu roda) setinggi tiga meter.

Akrobat Singapura, Adelene Chua-Adams, juga sebahagian daripada barisan persembahan itu.

Lungsuri laman web, str.sg/7MbX untuk jadual persembahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >