Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belanjawan 2024: Apa kata Anggota Parlimen

Feb 18, 2024 | 5:30 AM
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata Belanjawan 2024 yang disasarkan bagi perniagaan bertujuan mengurangkan beban syarikat,  khususnya syarikat kecil dan sederhana.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata Belanjawan 2024 yang disasarkan bagi perniagaan bertujuan mengurangkan beban syarikat, khususnya syarikat kecil dan sederhana. - Foto fail

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad

Ini adalah sokongan besar bagi perniagaan yang menghadapi peningkatan kos. Kami tidak mahu membebankan syarikat kecil dan sederhana (SME) daripada cukai yang mungkin agak membebankan.

Pemerintah juga memberi peluang peningkatan bagi syarikat jika mereka perlukan modal kerja dan pinjaman bagi modal kerja yang pemerintah berikan kepada SME.

Saya mengharapkan dengan ini, (syarikat) keluar bagi meneroka peluang-peluang di luar negara. Ini termasuk untuk pementoran, pembinaan keupayaan daripada perusahaan lebih besar.

– Encik Masagos merujuk kepada rebat cukai pendapatan korporat (CIT) dan Skim Pembiayaan Perusahaan (EFS) dipertingkat di bawah Pakej Bantuan Perusahaan (ESP) untuk perniagaan dalam Belanjawan 2024.

Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh)

Tahun ini, (pemerintah) memberi pertolongan... kepada firma-firma, terutama syarikat kecil dan sederhana (SME) atau seumpamanya, dengan memberikan pertolongan dari segi rebat cukai (pendapatan) korporat 50 peratus. Saya rasa ini penting kerana yang membayar gaji (pekerja) adalah firma-firma.

Sekiranya kita menolong firma, mereka tidak akan... membuang pekerjaan dan dapat mempertingkat keupayaan pekerja buat jangka panjang.

- Encik Saktiandi merujuk kepada rebat cukai pendapatan korporat (CIT) di bawah Pakej Bantuan Perusahaan (ESP) untuk perniagaan dalam Belanjawan 2024

Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar)

Dari segi Bonus MediSave sekali sahaja sehingga $300, saya rasa ini penting kerana... jika difikirkan, ia sebenarnya adalah jumlah yang boleh digunakan untuk (membayar kos) bagi hospital atau poliklinik, misalnya. Jumlah sedemikian akan membantu dalam aspek ini.

- Dr Wan Rizal merujuk kepada Bonus MediSave sekali sahaja bagi semua dewasa warga Singapura berusia antara 21 dengan 50 tahun iaitu mereka yang lahir antara 1974 dengan 2003

Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol)

Pelbagai kebimbangan penduduk diberi tumpuan dalam Belanjawan 2024, seperti kos sara hidup, perumahan dan pekerjaan.

Misalnya pertolongan bagi pekerja berpendapatan rendah (melalui skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja) dengan had dinaikkan daripada $2,500 kepada $3,000 jadi... lebih ramai pekerja berpendapatan rendah dapat menerima skim ini.

Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang)

Belanjawan kali ini menunjukkan bahawa sokongan disasarkan pada tempat yang betul dan pemerintah terus menjaga rakyat Singapura agar kita boleh maju ke hadapan bersama-sama.

(Anugerah Kemajuan Institut Pendidikan Teknikal) akan bantu mengurangkan jurang pendapatan bagi lulusan ITE dan dengan ini juga lama-kelamaan ia meningkatkan mobiliti sosial.

Saya rasa sangat terharu akan sokongan penambahan Kredit SkillsFuture… kepada $4,000. Ia penting kerana dalam ekonomi yang pesat bertukar, kita harus sentiasa tingkatkan kemahiran (dan) mendapatkan kemahiran baru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg