Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belanjawan 2025 ambil kira aspirasi, pandangan rakyat

Feb 18, 2025 | 5:58 PM
Encik Lawrence Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata Belanjawan akan menangani cabaran semasa seperti tekanan kos.
Encik Lawrence Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata Belanjawan akan menangani cabaran semasa seperti tekanan kos. - Foto ST

Belanjawan 2025 adalah untuk semua rakyat Singapura, dengan mengambil kira aspirasi dan pandangan rakyat, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 18 Februari.

Menyampaikan ucapan Belanjawan pertamanya sebagai ketua pemerintah, Encik Wong memberitahu Parlimen bahawa cadangan kewangan 2025 memajukan lagi agenda Melakar Hala Tuju Singapura (ForwardSG), yang bertujuan memastikan masyarakat kekal kukuh dan bersatu.

Beliau telah mengetuai gerakan penglibatan nasional itu, yang berakhir pada 2023 dengan laporan yang menggariskan pelan hala tuju untuk sebuah masyarakat yang lebih terangkum dan adil.

Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata Belanjawan itu akan menangani cabaran semasa seperti tekanan kos.

Ia juga memperluas inisiatif Belanjawan terdahulu demi menjamin masa depan Singapura, tambahnya.

Ucapan beliau menggariskan langkah untuk para pekerja dan memupuk masyarakat yang prihatin dan terangkum, antara lain, lapor The Straits Times.

“Belanjawan 2025 adalah Belanjawan untuk semua rakyat Singapura,” kata Encik Wong.

Belanjawan 2025 telah amat dinanti-nantikan, memandangkan pilihan raya umum yang dijangka berlangsung pada pertengahan 2025.

Singapura juga akan meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-60 pada 2025, dengan pelbagai kegiatan dirancang untuk memperingati peristiwa penting itu.

“Ia merupakan satu perjalanan yang luar biasa, yang mencerminkan keberanian dan ketabahan generasi rakyat Singapura dalam membina negara kita,” kata Encik Wong, ketika memulakan ucapannya.

Beliau menyatakan bagaimana golongan perintis Singapura telah membentuk sebuah negara di tengah-tengah cabaran yang besar dan berkata negara ini sekali lagi perlu mengharungi ‘persekitaran luaran yang bergelora’.

“Kita juga menjangkakan ketidaktentuan global yang lebih besar dan risiko penurunan,” katanya, sambil menarik perhatian bahawa Amerika Syarikat dan China kini sedang bersaing sengit untuk ketuanan dunia, yang pasti akan melibatkan negara lain, termasuk Singapura.

Encik Wong berkata walaupun terdapat ketidaktentuan global, Singapura boleh melihat ke hadapan dengan sedikit keyakinan.

“Singapura hari ini jauh lebih kuat daripada keadaan kita 60 tahun lalu,” katanya sambil menekankan ekonomi negara yang kukuh dan pelbagai, rangkaian diplomatik yang kuat dan angkatan bersenjata yang teguh, serta bagaimana negara ini telah membentuk identiti Singapura yang bersatu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg