Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Belanjawan tangani persekitaran ekonomi lembap, inflasi tinggi: DPM Heng

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan tangani persekitaran ekonomi lembap, inflasi tinggi: DPM Heng

Feb 27, 2024 | 07:18 PM



Sokongan komprehensif yang dibentangkan di bawah Belanjawan 2024 mampu menangani cabaran ekonomi global sedia ada – termasuk persekitaran inflasi tinggi dan pertumbuhan lembap – dengan menempatkan dasar-dasar bersesuaian bagi memastikan pertumbuhan Singapura jangka panjang.

Melahirkan keyakinannya akan masa depan ekonomi Singapura yang cerah, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat, berkata meskipun republik ini terus dihambat ketidaktentuan dalam dan luar negara, belanjawan tahun ini melakar hala tuju pertumbuhan ekonomi Singapura secara mampan.

Ia menyediakan bantuan “komprehensif dan merangkumi sokongan yang baik bagi syarikat dan juga keluarga menghadapi cabaran masa kini”, kata Encik Heng semasa dewan bersidang bagi membahaskan pembentangan Belanjawan di Parlimen pada 27 Februari.

Menurut Encik Heng, dasar kewangan dan fiskal yang dapat diubahsuai dengan pantas berdasarkan keperluan dapat memberikan kestabilan dalam menghadapi ketidaktentuan persekitaran global bagi memastikan ekonomi Singapura tidak terjejas teruk apabila berlakunya “kejutan” seperti wabak Covid-19.

Namun, bagi memastikan ia dapat terus tumbuh dalam persekitaran lebih mencabar, Singapura akan memperbaharui struktur ekonominya dengan menggalak inovasi dan memperkukuh kedudukannya sebagai hab global-Asia, ujarnya.

Beliau menggariskan pendekatan tiga serampang bagi mencapai matlamat itu merangkumi langkah mengekalkan usaha transformasi ekonomi, mewujudkan ekosistem inovasi yang kukuh serta memastikan Singapura terus menjadi rakan kongsi yang dipercayai dan diyakini dunia, menurut Encik Heng.

Tambahnya, dengan mengekalkan momentum usaha ini, Singapura dapat terus berada di tempat yang baik untuk bekerjasama dengan negara lain dalam menggarap peluang baru dengan yakin.

“Dunia mungkin semakin mencabar, dan kekangan yang dihadapi Singapura juga lebih mencabar.

“Namun, saya mempunyai sebab yang kukuh untuk melahirkan pandangan optimistik ini bahawa ekonomi kecil dan terbuka seperti Singapura dapat terus berkembang dan tumbuh,” ujarnya.

Hari kedua bahas Belanjawan menyaksikan seramai 28 Anggota Parlimen (AP) dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan parti pembangkang membincangkan beberapa aspek Belanjawan 2024.

Beberapa AP, termasuk Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang), Encik Desmond Choo (GRC Tampines) dan Encik Derrick Goh (GRC Nee Soon) menyentuh tentang langkah pemerintah melabur lebih $1 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi mendorong strategi Singapura dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Cik Mariam menggesa pemerintah terus memberi tumpuan khas terhadap bidang pembangunan AI yang lebih penting, terutama sekali dalam melengkapkan pekerja dengan kemahiran yang diperlukan supaya tiada yang ketinggalan.

Meskipun AI perlu dilihat sebagai ‘teman’ dalam meningkatkan produktiviti dan kehidupan, “Singapura perlu memperkukuh asas, menangani risiko dengan baik dan memastikan tiada yang ketinggalan,” ujar Encik Goh.

Sokongan yang disediakan bagi pekerja turut menjadi tumpuan AP semasa hari kedua bahas Belanjawan.

Menyentuh tentang pekerja lanjut usia, Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Encik Heng Chee How, menggesa pemerintah agar mengumumkan langkah seterusnya dalam meningkatkan usia persaraan dan usia pengambilan bekerja semula, yang buat masa ini adalah pada 63 tahun dan 68 tahun.

Sehubungan dengan itu, AP parti pembangkang, Cik Sylvia Lim, turut menyentuh isu diskriminasi yang dialami pekerja lanjut usia sambil melahirkan harapan agar undang-undang anti-diskriminasi yang dijangka diperkenal akhir tahun ini dapat mengurangkan diskriminasi yang dialami golongan tersebut di tempat kerja.

Meskipun akur akan pelbagai inisiatif yang telah diperkenal pemerintah demi memanfaatkan pekerja lanjut usia termasuk insentif bagi menggalak majikan mengambil golongan itu bekerja, Cik Lim berkata usaha boleh dipertingkat untuk mengubah pemikiran orang ramai mengenai golongan tersebut.

Bahas Belanjawan dijangka berlangsung sehingga Rabu sebelum perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) berlangsung. Seramai 56 AP dijangka menyertai perbahasan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >