Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Bengkel renang percuma bagi kanak-kanak kurang bernasib baik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bengkel renang percuma bagi kanak-kanak kurang bernasib baik

Singapore Aquatics kerjasama dengan Sports Schooling, Rotary Club perkenal sukan akuatik kepada kanak-kanak kurang bernasib baik
Mar 29, 2024 | 03:35 PM



Seramai 20 kanak-kanak daripada keluarga susah berpeluang belajar berenang dan ‘water survival’ secara percuma dalam sebuah bengkel di bawah sebuah inisiatif persatuan sukan air Singapore Aquatics (SAQ).

‘Water survival’ adalah cara kekal tenang dan yakin dalam air, selain kemahiran berenang.

Kanak-kanak itu daripada Rumah Kanak-Kanak Methodist Chen Su Lan, sebuah rumah perlindungan sementara bagi kanak-kanak dan remaja berumur lima hingga 21 tahun daripada keluarga susah.

Bengkel itu sebahagian daripada inisiatif ‘Memperkasa Kehidupan Melalui Akuatik’ anjuran SAQ, yang bertujuan menggalak peserta berumur antara enam dengan 14 tahun melengkapkan tiga peringkat pertama program keselamatan dalam air nasional, ‘SwimSafer’.

Program itu juga berfungsi sebagai wadah untuk jurulatih nasional mengenal pasti atlet akuatik berpotensi.

Ia hasil kerjasama SAQ dan Sports Schooling untuk memperkenalkan sukan akuatik kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.

Kanak-kanak itu akan dibimbing oleh jurulatih daripada Sports Schooling, sebuah pusat yang menawarkan program sukan seperti renang, tenis dan karate kepada kanak-kanak.

Juara Olimpik pertama Singapura, perenang Joseph Schooling, adalah pengarah Sports Schooling.

Bengkel itu dijadualkan bermula pada Mei dan berlangsung selama 16 minggu.

Ia menandakan permulaan kerjasama antara SAQ dan Sports Schooling dalam mempromosikan sukan akuatik dan keselamatan air melalui acara seperti bengkel berenang.

Pengarah Eksekutif Rumah Kanak-Kanak Methodist Chen Su Lan, Encik Low Kee Hong, berkata: “Kami amat berterima kasih bagi kerjasama antara SAQ, Sports Schooling, dan Rotary Club, yang menyediakan kanak-kanak kami peluang tidak ternilai untuk belajar dan membangun melalui akuatik.

“Inisiatif ini bukan sahaja melengkapkan mereka dengan kemahiran ‘water survival’ yang penting, malah menyemai keyakinan dan daya tahan, menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan mereka.”

Sementara itu, SAQ telah menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Rotary Club of Singapore pada 29 Mac bagi merasmikan sokongan Rotary Club untuk program-program persatuan itu.

Antaranya ialah acara ‘Swimathon Fundraiser’ pada 29 Mac, yang bertujuan mengumpulkan $50,000 untuk menyokong program mendekatkan sukan akuatik kepada masyarakat dan menambah kepada Dana One Team Singapore.


Dana itu bertujuan meningkatkan sistem sukan berprestasi tinggi untuk memberi sokongan lebih baik kepada atlet sukan akuatik Singapura.


Encik Schooling menyertai atlet sukan akuatik nasional lain mengambil bahagian dalam acara itu.

Beliau melengkapkan 20 pusingan – sejauh sekitar satu kilometer – dan mengumpul sekitar $60. Rotary Club menyumbang $3 bagi setiap pusingan yang dilengkapkan peserta.

Encik Schooling berkata: “Sebagai seorang yang telah mendapat banyak manfaat daripada berenang, saya percaya pada kuasa transformatif sukan akuatik.

“Amat menggalakkan melihat Sport Schooling, SAQ dan Rotary Club of Singapore bersatu untuk memberi kesan positif kepada masyarakat kita.

“Bapa saya hampir lemas semasa beliau kecil dan mungkin saya tidak akan berada di sini jika sesuatu telah berlaku kepadanya. Oleh itu, kemahiran berenang penting sekali untuk kanak-kanak kecil,” tambahnya.

Turut hadir di acara itu ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua, presiden SAQ, Encik Mark Chay, dan atlet sukan akuatik.

Dana itu akan juga digunakan untuk menyokong Persatuan Syarikat Kerjasama Perusahaan dan Perkhidmatan (Iscos), yang menyokong kanak-kanak dan keluarga bekas pesalah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >