Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Beramai-ramai kekal sihat semasa Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beramai-ramai kekal sihat semasa Ramadan

Apr 01, 2024 | 07:54 PM



Lebih 180 penduduk daripada pelbagai latar belakang dan lapisan usia telah bersama-sama mengayuh basikal sejauh 22 kilometer sepanjang kejiranan Pasir Ris-Punggol untuk menyokong kempen SG Lebih Sihat dan menggalakkan perhubungan sosial dalam Ramadan.

Acara ‘Ramadan Ride 2024’ itu berlangsung pada 29 Mac, dan bermula pada 10.30 malam dan berakhir pada 12 pagi keesokan hari. 







Anjuran M3@Pasir Ris-Punggol dengan kerjasama ActiveSG, ia bertujuan menyokong kempen SG Lebih Sihat, dan menggalakkan perhubungan sosial serta kehidupan sihat dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam sepanjang Ramadan.


Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha, yang juga penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Pasir Ris-Punggol, menyertai dan mengetuai kayuhan malam itu bersama Duta Sukan ActiveSG.

Acara berbasikal yang masuk tahun ketiga itu bertujuan memupuk hubungan sesama peminat kegiatan berbasikal yang tinggal di sepanjang koridor timur laut.

Ia turut memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk Pasir Ris-Punggol daripada semua etnik dan generasi dengan berkongsi kegembiraan menerusi kegiatan berbasikal.

Acara tersebut menyaksikan penyertaan mereka yang berusia antara 11 tahun dengan 74 tahun.

Hashtag #GengTerawihNaikBasikal juga diperkenalkan di wadah media sosial dengan tujuan mewujudkan kesedaran dan menekankan kepentingan hidup sihat, di samping memupuk semangat kemasyarakatan dan menggalakkan penyertaan aktif dalam masyarakat.


Semasa dihubungi Berita Harian (BH), Encik Sharael berkata sambutan yang diterima semasa acara itu amat positif dan wadah media sosial telah membantu meningkatkan jumlah kehadiran.


“Ia adalah satu acara yang sangat baik dan bagi saya, yang paling penting adalah masyarakat kita berkumpul bersama tidak kira bangsa, agama atau umur, dalam melakukan aktiviti semasa Ramadan.

“Acara ini melibatkan semua orang, ia membawa pelbagai masyarakat bersama, menyambut bulan Ramadan dan mengeratkan silaturahim.

“Ia satu acara yang membolehkan kami menikmati keseronokan bersama,” ujar beliau yang membawa tiga anaknya untuk turut serta dalam kegiatan tersebut.

Menurut Encik Sharael, selain penunggang basikal dari estet kejiranan Pasir Ris-Punggol, ada juga sekumpulan pelajar Cina dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang menyertai acara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >