Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beratur panjang di Danga Bay JB jelang pelaksanaan VEP 1 Okt

Sep 22, 2024 | 3:43 PM
Barisan panjang dapat dilihat di pejabat TCSens di Danga Bay, untuk mendapatkan maklumat mengenai Permit Masuk Kenderaan (VEP) pada pagi 22 September.
Barisan panjang dapat dilihat di pejabat TCSens di Danga Bay, untuk mendapatkan maklumat mengenai Permit Masuk Kenderaan (VEP) pada pagi 22 September. - Foto BH oleh NIZAM ISMAIL

Barisan panjang dilihat di pejabat TCSens di Danga Bay pada pagi 22 September ketika rakyat Singapura cuba untuk menyelesaikan isu mengenai tag Permit Masuk Kenderaan (VEP).

Mereka sedang berusaha menyelesaikan isu VEP sebelum ia diwajibkan ke atas kenderaan berdaftar asing dari Singapura untuk memasuki Malaysia melalui jalan darat, mula 1 Oktober.

Berita Harian (BH) difahamkan bahawa barisan panjang di Danga Bay sudah dilihat seawal 7 pagi dan terdapat beberapa individu yang pulang disebabkan hal itu.

Antara yang terkesan ialah Encik Rasidi Awang, warga Singapura yang ingin mendapatkan maklumat mengenai permohonan VEP untuk beliau dan anaknya.

“Kami mula beratur sejak 8.45 pagi dan selesai urusan pada 11.45 pagi. Sekitar 150 orang yang beratur di sini dan barisan hanya bergerak dalam masa 10 hingga 15 minit.

“Walaupun demikian, pegawai di kaunter benar-benar komited dalam melayani kami,” katanya.

Beliau, yang berusia 53 tahun, ingin menanyakan mengenai status pengambilan VEP keretanya serta kereta anaknya yang mempunyai kesukaran dalam membuat permohonan melalui dalam talian.

Menurutnya dua lokasi baru di Johor – Kompleks JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Johor di Taman Daya dan Akademi Pengangkutan Jalan (Wilayah Selatan) di Larkin – tidak menyediakan khidmat pertanyaan bagi isu VEP.

Kededua lokasi itu, yang mula dibuka pada 22 September, hanya terbuka bagi mereka yang mempunyai janji temu serta untuk mengambil dan menampal VEP.

Pejabat TCSens di Danga Bay pula merupakan lokasi utama untuk setiap isu VEP.

TCSens adalah pengendali swasta yang dilantik oleh JPJ untuk membantu pemandu berhubung keperluan VEP, daripada cara memohon permit itu kepada panduan memaparkan tag Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) pada kereta mereka

Beliau menambah bahawa ramai rakyat Singapura turut keliru dengan hal itu.

Antaranya ialah Encik Muhd Alhakim Salim, 41 tahun, yang tiba di Kompleks JPJ pada 7 pagi namun hanya diberitahu bahawa lokasi itu tidak menyediakan khidmat pertanyaan pada 8 pagi.

Beliau, yang mempunyai masalah pada permohonan dalam talian beliau, bergegas ke Danga Bay dan selesai melakukan urusan sekitar jam 12 tengah hari.  

“Kami mula beratur sejak 8.45 pagi dan selesai urusan pada 11.45 pagi. Sekitar 150 orang yang beratur di sini dan barisan hanya bergerak dalam masa 10 hingga 15 minit. Walaupun demikian, pegawai di kaunter benar-benar komited dalam melayani kami.”
Encik Rasidi Awang, warga Singapura yang ingin mendapatkan maklumat mengenai permohonan VEP.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg