Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beri khidmat haji dengan penuh keprihatinan 

Nov 8, 2024 | 5:30 AM
Jemaah TM Fouzy Travel berdoa di Padang Arafah. Foto dirakam pada bulan haji 2024.
Jemaah TM Fouzy Travel berdoa di Padang Arafah. Foto dirakam pada bulan haji 2024. - Foto TM FOUZY TRAVEL AND TOURS PTE LTD

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah meluluskan tiga jenis pakej untuk ditawarkan kepada bakal jemaah haji di Singapura bagi 2025.

Syarikat pelancongan TM Fouzy Travel and Tours Pte Ltd, yang sudah empat dekad menyediakan khidmat haji, menawarkan tiga pakej; Pakej Munawwarah (15 hari), Pakej Rayhaan (24 hari) dan Pakej Hilton (27 hari).

Menjelaskan, Pengarah syarikat TM Fouzy Travel and Tours Pte Ltd, Ustazah Tengku Madihah Fathiyyatul Fauziyyah Tengku Mohamad Fouzy Jumat, berkata:

“Kami menyediakan tiga pakej yang berbeza. Jumlah harinya selama 15, 24 dan 27 hari. Penerbangan pertama ialah pada 28 Mei 2025 untuk Pakej Rayhaan, dan 30 Mei 2025 untuk Pakej Munawwarah dan Pakej Hilton.

“Pakej Munawwarah (pakej singkat 15 hari) akan pulang di Singapura seawal 13 Jun 2025, diikuti dengan Pakej Rayhaan pada 20 Jun 2025 dan Pakej Hilton pada 25 Jun 2025,” kata Ustazah Tengku Madihah.

Beliau berkata jemaah ketiga-tiga pakej haji yang disediakan bakal menaiki penerbangan Saudia, dan langsung ke Jeddah. Sejurus tiba di Jeddah, jemaah akan menaiki bas ke kota Makkah.

Jemaah TM Fouzy Travel akan menginap di Safa Ikhwah 1 di Shisha. Shisha merupakan sebuah kawasan perumahan jemaah haji di Makkah, dan kedudukannya juga strategik untuk melontar pada hari-hari tasyriq 10-13 Zulhijah.

Pada setiap hari di Makkah, jemaah akan mengulangkaji tajuk-tajuk penting manasik haji dan diberi taklimat sebelum setiap pergerakan.

“Kami akan hidupkan malam-malam awal Zulhijah dengan mendirikan solat malam, berzikir dan munajat sebagai memupuk kerohanian menjelang Hari Arafah.

“Menjelang 14 Zulhijah, jemaah yang memilih Pakej Munawwarah akan berangkat ke Madinah – menziarah makam Rasulullah saw, solat di Masjid Quba’ dan melawat tempat-tempat bersejarah.

“Jemaah di bawah pakej Rayhaan dan pakej Hilton berpeluang bermalam di Hotel Al Marwaa Rayhaan by Rotana selama enam malam. Biasanya di Makkah (selepas haji), kami akan membawa dua kali ziarah ke tempat-tempat bersejarah di Makkah. Jemaah juga berpeluang melaksanakan tiga kali umrah sunah,” jelasnya.

Jemaah di bawah pakej Rayhaan akan berada di Madinah selama tiga malam dan pakej Hilton selama lapan malam.

Harga yang ditawarkan bermula daripada $10,590 hingga $16,890 untuk seorang. Hidangan semasa di Shisha disediakan mengikut cita rasa rakyat Singapura.

Jemaah juga boleh memilih penginapan di hotel dengan pemandangan yang indah dengan tokokan rendah.

Mereka juga akan menikmati perjalanan lancar dari Makkah ke Madinah dengan menaiki kereta api laju Haramain.

Jemaah dibimbing melakukan ibadah umrah dan haji oleh Ustaz TM Fauwaz dan Ustazah Tengku Madihah.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:

1. TM Fouzy Travel & Tours Pte Ltd di 390 Victoria St, #03-15, Singapura 188061.

2. Talian 6294- 8044 atau e-mel kepada enquiry@tmfouzy.sg

3. Lungsuri laman http://www.tmfouzy.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg