‘Berkunjung’ ke M’sia di S’pore Expo
Jul 26, 2024 | 5:31 PM
Bertemakan ‘Permata Malaysia’, satu pameran ‘Malaysia Fest 2024’ akan diadakan selama empat hari di Dewan 5A dan 5B Singapore Expo, hingga 28 Julai.
Acara tahunan Malaysia Fest edisi ketujuh itu akan menampilkan banyak produk makanan, fesyen, produk kecantikan dan pakej pelancongan ke wilayah di seluruh Malaysia.
Ia akan turut disertai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Malaysia dan akan menonjolkan produk Selangor, Johor, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Perlis dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
Pada edisi keenam pada 2023, pameran tersebut menarik 135,168 pengunjung sepanjang empat hari ia diadakan.
Laporan berkaitan
Lebih 300 gerai semarak Malaysia Fest 2024 Jul 24, 2024 | 6:28 PM
Festival M’sia 2024
saji aneka makanan, tarikan pelancongJul 24, 2024 | 12:03 PM

