Bersengkang mata demi lindung sistem digital pertahanan negara, kini pakar keselamatan siber SAF

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bersengkang mata demi lindung sistem digital pertahanan negara, kini pakar keselamatan siber SAF

Feb 20, 2026 | 9:35 PM

Bersengkang mata demi lindung sistem digital pertahanan negara, kini pakar keselamatan siber SAF

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
3SG Khaimelruzzaman Kamaruzzaman telah lulus latihan Sekolah Kadet Pakar (SCS) bagi vokasi Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS) yang dijalani selama sembilan bulan.
3SG Khaimelruzzaman Kamaruzzaman telah lulus latihan Sekolah Kadet Pakar (SCS) bagi vokasi Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS) yang dijalani selama sembilan bulan. - Foto ST

Selama 14 jam bersengkang mata sepanjang lima hari berturut-turut demi membanteras serangan siber, 3SG (NS) Khaimelruzzaman Kamaruzzaman, 20 tahun kini rasmi bergelar sebagai ‘Pakar Keselamatan Siber’ bagi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Latihan ‘Summary Exercise’ lima hari ini, yang menamatkan cabaran simulasi serangan siber beliau dan pasukannya, adalah syarat wajib kelulusan bagi vokasi Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS) Sekolah Kadet Pakar (SCS).

Sepanjang sembilan bulan, 3SG Khaimelruzzaman mendapat pengalaman langsung melindungi landskap digital negara. Beliau terlibat dalam operasi 24/7, menyokong dan mengawasi Sistem Digital SAF daripada sebarang ancaman.

Minat beliau terhadap keselamatan siber bukanlah baru berputik sewaktu perkhidmatan negara. Beliau mempunyai latar belakang pendidikan yang mantap, Diploma Keselamatan Siber dan Forensik Digital dari Politeknik Temasek, yang mematangkan lagi minatnya.

Namun, walaupun berbekal ilmu mendalam dari politeknik, Khaimelruzzaman mula menyedari realiti tuntutan kerja bidang ini hanya setelah menjalani latihan SCS.

Berbeza dengan latihan ketenteraan yang lazimnya menuntut kecergasan fizikal dan ketangkasan jasmani di medan pertempuran, DIS pula menguji ketangkasan minda dan ketajaman fokus 3SG Khaimelruzzaman dalam menghadapi ancaman siber.

Beliau berkata: “Skop latihan dan pekerjaan di DIS ataupun bidang siber ini secara amnya sangat memerlukan daya tahan yang tinggi.

“Keupayaan mental yang kuat itu sangat diperlukan agar kita mampu kekal fokus sepanjang masa. Ini disebabkan serangan siber itu akan muncul tidak kira waktu dan tanpa diduga.

Jadi, kecerdasan kita harus sentiasa bersedia untuk berdepan dengan ancaman ini.” tambah 3SG Khaimelruzzaman.

Di samping keupayaan mental yang kukuh, keupayaan untuk kekal tenang juga ditekankan oleh 3SG Khaimelruzzaman agar dapat berfikir dengan jelas dalam mengurus sebarang masalah siber.

Kualiti-kualiti ini tentu sekali menjadi tumpuan untuk dipupuk dalam diri seorang pakar latihan di DIS.

Bercakap tentang pengalamannya menjalani latihan selama sembilan bulan, 3SG Khaimelruzzaman berkongsi:

“Pengalaman menjalani latihan di DIS ini sangat membuka mata. Saya berpeluang untuk bekerjasama dengan para pakar yang bekerja sepenuh masa dan belajar daripada mereka tentang selok-belok keselamatan siber dalam konteks pertahanan negara.”

“Antara lain, saya mempelajari dan mendalami sistem operasi seperti Linux dan Phyton. Saya juga dilatih untuk mengesan dapatan positif yang tidak benar (false positives) apabila mengawasi sebarang serangan siber,” jelas beliau.

Atas kesedaran bahawa masyarakat Singapura kini sedang berkembang dengan tekonologi yang semakin maju, 3SG Khaimelruzzaman merasakan bahawa beliau harus memainkan peranan untuk memastikan bahawa landskap digital Singapura kekal selamat.

Dengan minat dan pengalaman yang telah beliau kumpul, 3SG Khaimelruzzaman bercadang untuk melanjutkan pengajiannya dalam jurusan Keselamatan Maklumat di Institut Teknologi Singapura (SIT) selepas tamat tempoh perkhidmatan negaranya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg