Daripada lesu kepada komander kisah transformasi seorang kadet SCS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Daripada lesu kepada komander kisah transformasi seorang kadet SCS

Pada 20 Februari, seramai 1020 anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) telah menamatkan latihan dan lulus daripada Sekolah Kadet Pakar (SCS). Perbarisan Tamat Kursus Kadet Pakar 66/25 telah diadakan di Kem Pasir Labar bagi meraikan Kadet Pakar daripada Tentera Darat, Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS).
Feb 20, 2026 | 9:35 PM

Daripada lesu kepada komander kisah transformasi seorang kadet SCS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SCS, SAF, Army
Sejak menjalani latihan Perkhidmatan Negara, 3SG (NS) Abdul Matin Rahim telah melihat perubahan dalam dirinya baik dari sudut gaya hidup yang lebih berdisiplin dan terancang mahupun kecergasan fizikal yang makin meningkat. - Foto MINDEF

Selepas menamatkan pengajian diplomanya di Politeknik Republik, 3SG (NS) Abdul Matin Rahim menjalani kehidupannya dengan lesu dan tanpa hala tuju.

Sebelum ini beliau hanya menghabiskan harinya tanpa sebarang perancangan dan kehidupan yang ‘tidak teratur’.

Namun, tatkala 3SG Matin, 21, melangkah ke Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) bagi perkhidmatan negara, tekadnya kuat untuk berubah.

Beliau berkata:

“Apabila saya memulakan perkhidmatan negara dalam SAF, saya berjanji pada diri sendiri untuk melakukan yang terbaik.”

“Saya tekad untuk menjadi versi diri saya yang terbaik dan ingin menguji batas kemampuan saya,” tambah beliau.

Kini, beliau berjaya menamatkan latihannya sebagai ‘komander’ setelah menjalani latihan selama sembilan bulan, termasuk Latihan Asas Tentera (BMT) dan Sekolah Kadet Pakar (SCS).

3SG Matin adalah antara 1020 kadet yang diraikan semasa Perbarisan Tamat Kursus Kadet Pakar 66/25 di Kem Pasir Labar pada 20 Februari setelah lulus menjalani latihan SCS.

Perbarisan itu dihadiri Menteri Negara Kanan (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Encik Tan Kiat How selaku Pegawai Pemeriksaan (Reviewing Officer).

Berkat latihan ketenteraan yang memberatkan daya tahan dan disiplin dalam rutin seharian, sikap ini kian membentuk peribadi 3SG Matin.

Malah, beliau kini menjalani hari-harinya dengan gaya hidup yang lebih tersusun, terancang dan berstruktur walaupun berada di luar kem latihan.

Rutin disiplin dan perancangan yang teliti telah kian sebati diamalkan dalam gaya hidupnya.

Dengan kegigihan, disiplin dan daya tahan yang tinggi, 3SG Matin telah melihat perubahan baik dan ketara dalam kecergasan fizikalnya.

Jika dahulu, dengan gaya hidup yang lesu dan tidak terpandu, 3SG Matin tidak mempunyai kecergasan yang baik.

Beliau menjelaskan:

“Dahulu saya benar-benar tidak “fit” dan tidak cergas. Malah, saya berkali-kali gagal dalam Ujian Kecergasan Jasmani Perseorangan (IPPT) sebelum menjalani perkhidmatan negara.

Namun kini, beliau telah berjaya mengatasi rintangan tersebut, mampu meningkatkan kecergasan jasmani dan akhirnya, lulus dalam ujian IPPT.

Berkongsi tentang pengalaman dan dorongannya sepanjang sembilan bulan menjalani latihan, beliau berkata:

“Sewaktu latihan, para komander dan pelatih sangat membantu dalam mendorong saya untuk melakukan yang terbaik dalam latihan.”

“Ini bukan sahaja membentuk saya sebagai askar yang baik, malah, ini mengajar saya untuk berdikari, pandai menjaga diri dan dapat membuat keputusan sendiri.”

“Kualiti-kualiti inilah yang penting untuk saya terus amalkan dan kemudian terapkan dalam askar-askar yang bakal saya latih setelah saya tamat latihan di SCS ini,” tambah beliau.

Setelah mengalami perubahan positif dalam diri kesan disiplin perkhidmatan negara, 3SG Matin berharap dapat memimpin sebagai ‘komander’ yang baik.

“Seperti mana saya dapat menjadi versi diri yang terbaik, saya ingin memberi dorongan yang sama kepada askar yang bakal berada di bawah jagaan saya.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg