Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bersyukur dapat teruskan pengajian dengan bantuan subsidi

Dec 14, 2024 | 5:30 AM
Encik Muhammad Aidil Norshaid (dua dari kiri) menamatkan pengajian ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang diikutinya selama empat tahun dengan penajaan subsidi TTFS, dari 2020 hingga 2024. Gambar Encik Aidil bersama keluarga diambil ketika Majlis Pengijazahan 2024 di NTU.
Encik Muhammad Aidil Norshaid (dua dari kiri) menamatkan pengajian ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang diikutinya selama empat tahun dengan penajaan subsidi TTFS, dari 2020 hingga 2024. Gambar Encik Aidil bersama keluarga diambil ketika Majlis Pengijazahan 2024 di NTU. - Foto YAYASAN MENDAKI

Menerima subsidi pendidikan ini turut menjadi anugerah bermakna buat Encik Muhammad Aidil Norshaid, 26 tahun, yang menerima TTFS selama dua kali dalam kedua-dua program diploma dan ijazah sarjana muda.

Anak sulung tiga beradik itu meluahkan rasa syukurnya kerana berjaya meneruskan pendidikan bagi Diploma Bangunan Hijau dan Kemampanan di Politeknik Temasek, dari tahun 2015 hingga 2018, tanpa rasa khuatir akan sebarang beban kewangan.

Encik Aidil juga menerima subsidi TTFS semasa melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dari tahun 2020 hingga 2024.

BUKAN DARIPADA KELUARGA SENANG

Kata Encik Aidil, yang juga seorang guru ganti di sebuah sekolah tempatan, penerimaan subsidi pendidikan itu secara tidak langsung mengurangkan beban kewangan keluarga dan menjimatkan perbelanjaan harian.

“Sejujurnya, saya bukanlah berasal daripada keluarga senang. Ayah kerja biasa sahaja, ibu pula suri rumah, dan adik-adik juga masih bersekolah.

“Disebabkan itu saya perlu mencari dana kewangan bagi meneruskan pengajian di politeknik dan universiti.

“Alhamdulillah, sokongan daripada TTFS telah membantu menampung kos pengajian saya di kedua-dua pusat pengajian tersebut.

“Saya hanya perlu menumpukan kos bajet harian sahaja, berbanding memikirkan tentang yuran belajar. Malah, saya juga sangat gembira kerana adik saya juga menerima bantuan TTFS untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik Republik sekarang,” cerita Encik Aidil.

Selain itu, Encik Aidil turut mengalak para pelajar agar memohon bantuan TTFS.

“Bagi sesiapa yang ingin menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi, mohonlah bantuan TTFS, khususnya mereka yang mempunyai masalah kewangan. Peluang pendidikan untuk pelajar Melayu di Singapura sangat luas.

“Oleh itu, manfaatkanlah bantuan yang sedia ada untuk mencapai cita-cita dan meningkatkan mutu kehidupan keluarga. Sebagai pelajar, kita juga harus mengambil peluang ini untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dengan penuh bermakna,” akhiri Encik Aidil.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg