Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beza kaum, bangsa tidak halang warga S’pura hidup dalam harmoni

Chee Hean: Ini hasil kerja keras selama berdekad lama, untuk bina, kekal masyarakat yang harmoni dan bersepadu
Sep 15, 2024 | 11:12 AM
Encik Teo (kanan) turut disertai Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan (kiri) dan Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar dan Mayor Daerah Central Singapura, Cik Denise Phua (tengah) di penyalaan lampu Deepavali di Little India.
Encik Teo (kanan) turut disertai Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan (kiri) dan Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar dan Mayor Daerah Central Singapura, Cik Denise Phua (tengah) di penyalaan lampu Deepavali di Little India. - Foto FACEBOOK TEO CHEE HEAN

Dalam masyarakat dan agama yang berbilang, warga Singapura belajar untuk menghormati, bertolak ansur dan menyesuaikan diri, bukan hanya melakukan perkara sendiri yang memisahkan ramai, kata Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean.

Berkata demikian di majlis Penyalaan Lampu Deepavali di Birch Road, Little India pada 14 September, Encik Teo berkata sedang perang berlaku di Eropah dan Timur Tengah, menjejas ramai masyarakat dan memisahkan mereka, “cahaya di sini terus bersinar terang.”

“Malangnya apabila kita lihat di serata dunia hari ini, dapat dirasakan seperti kegelapan kian bertambah berbanding cahaya.

“Daripada perang yang teruk dan tragik di Eropah dan Timur Tengah, kepada “perang budaya” menjejas ramai masyarakat dan memisahkan mereka, dunia kian dilanda ketegangan dan konflik.

“Seolah-olah ramai orang di merata tempat yang mencari lebih banyak alasan untuk tidak bersetuju, bergaduh, dan bersemuka antara satu sama lain – dalam kalangan masyarakat, antara masyarakat, dan antara negara.

“Di Singapura, situasinya agak berbeza – cahaya kita terus bersinar terang,” ujarnya.

Beliau menerangkan bahawa ini hasil kerja keras selama berdekad lamanya, untuk membina dan mengekalkan masyarakat yang harmoni dan bersepadu seperti dalam ikrar kita, “Tidak kira bangsa, bahasa, atau agama”.

“Bukannya kita tidak mempunyai perbezaan pendapat, tapi kita terimanya sebagai sebahagian hidup kita, terutamanya dalam masyarakat yang berbilang bangsa, berbilang agama.

“Kita belajar untuk menghormati, bertolak ansur, dan menyesuaikan diri, berbanding dengan hanya melakukan perkara sendiri mengikut cara yang berlainan dan menekankan perbezaan antara kita.

“Kita belajar mengenali erti kemanusiaan yang menyatukan kita semua – itulah yang patut mengumpulkan kita,” katanya.

Penyalaan lampu Deepavali kali ini berlangsung mulai 14 September hingga 17 November dan dianggarkan sehingga lima juta pengunjung membanjiri kawasan Little India sepanjang tempoh itu.

Ia berlangsung dari 7 malam hingga tengah malam setiap hari dan sehingga 1 pagi pada hujung minggu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg