Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

BG Cai Dexian Panglima Tentera baru

Feb 25, 2025 | 6:15 PM
Brigedier-Jeneral Cai Dexian (kiri) akan menggantikan Mejar-Jeneral David Neo, sebagai Panglima Tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mulai 21 Mac.
Brigedier-Jeneral Cai Dexian (kiri) akan menggantikan Mejar-Jeneral David Neo, sebagai Panglima Tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mulai 21 Mac. - Foto MINDEF

Brigedier-Jeneral (BG) Cai Dexian akan mengambil alih tugas sebagai Panglima Tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) daripada Mejar-Jeneral (MG) David Neo mulai 21 Mac.

Perubahan itu adalah sebahagian daripada “proses pembaharuan kepimpinan yang berterusan” di SAF, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 25 Februari.

“Mindef mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MG Neo atas kepimpinan cemerlang dan perkhidmatan terhormat beliau kepada Mindef dan SAF,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

BG Cai, 40 tahun, menyertai SAF pada 2003 dan dianugerahkan Biasiswa Luar Negara SAF.

Beliau juga memegang pelbagai jawatan penting dalam Mindef dan SAF, lapor The Straits Times.

Antara jawatan yang dipegang termasuk pegawai komando ke-48 Battalion Singapore Armoured Regiment, komander kelapan Singapore Armoured Brigade, ketua Jabatan Rancangan dan Transformasi Bersama, pengarah dasar kakitangan dan komander ketiga Divisyen Singapura.

Mindef berkata BG Cai memacu banyak usaha pembangunan keupayaan dan transformasi tentera untuk SAF seperti menubuhkan Perkhidmatan Digital dan Perisikan serta membangunkan rancangan jangka panjang SAF 2040.

“BG Cai turut dihantar ke Afghanistan pada 2012 sebagai sebahagian daripada sumbangan SAF kepada usaha pemulihan antarabangsa di sana,” tambah kementerian itu.

MG Neo, 47 tahun, menyertai Tentera Singapura pada 1996 dan telah berkhidmat dengan cemerlang dalam SAF, kata Mindef.

Beliau adalah pegawai komando pertama yang dilantik sebagai Ketua Tentera.

Beliau menjalani perkhidmatan komando junior di Formasi Komando dan seterusnya memimpin Batalion Pengawal Singapura yang pertama, Briged Infantri Singapura yang kedua, dan Divisyen Singapura yang ketiga.

Beliau turut menggalas jawatan penting dalam Mindef dan SAF, termasuk ketua Jabatan Rancangan dan Transformasi Bersama, pengarah Operasi Bersama, dan dan timbalan setiausaha (teknologi).

MG Neo telah berkhidmat sebagai Ketua Tentera sejak 10 Mac 2022.

Di bawah kepimpinannya, Tentera Singapura mengekalkan kesiapsiagaan operasi yang tinggi, memperluas kemampuan dan meningkatkan kerjasama dengan agensi pemerintah.

MG Neo juga memimpin pelan transformasi Tentera 2040, mengemudi operasi konsep perang baharu, antara khidmat penyepaduan dan pemerolehan sistem peperangan canggih, serta pembangunan tenaga kerja, inovasi dan inisiatif pendigitalan.

Sepanjang perkhidmatannya, MG Neo turut membantu Tentera Singapura menyambung semula dan meluaskan latihan bersepadu secara besar-besaran di dalam dan luar negara serta tembakan ‘live’ selepas pandemik Covid-19.

Tentera Singapura juga berjaya melaksanakan beberapa operasi termasuk pelupusan bom perang terbesar di Singapura dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg