Kolonel (COL) Fairoz Hassan telah dilantik Komander Divisyen Singapura Kesembilan dan Ketua Infantri dalam satu Perbarisan Pertukaran Komand di Kem Selarang pada 9 September.
COL Fairoz menggantikan Brigadier Jeneral (BG) Wong Shi Ming.
Penyerahan pelantikan itu disaksikan Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral (MG) David Neo.
The Singapore Army dalam catatan Facebook mereka pada 11 September berkata:
“Tentera kita mengucapkan tahniah kepada BG Wong atas kepimpinan dan komitmennya, dan mengucapkan tahniah kepada COL Fairoz atas pelantikan barunya.”


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg