Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kuiz terjemahan dalam talian BH tingkat interaksi pengguna

Dec 11, 2023 | 4:48 PM
KUIZ INTERAKTIF: Pembaca Berita Harian (BH) dalam talian boleh melakukan permainan terjemahan mudah setiap kali mereka melungsuri laman web BH.
KUIZ INTERAKTIF: Pembaca Berita Harian (BH) dalam talian boleh melakukan permainan terjemahan mudah setiap kali mereka melungsuri laman web BH. - Foto TANGKAP LAYAR BERITAHARIAN.SG

Permainan terjemahan dalam talian Berita Harian (BH) di laman webnya kini telah diperbaharui, membolehkan pengguna melakukan kuiz hari-hari sebelumnya.

Kuiz Perkataan Harian BH ialah permainan terjemahan mudah yang dilancarkan pada 8 September di mana pengguna diberikan tiga perkataan untuk diterjemahkan. Sebelum ini, pengguna hanya dihadkan menterjemah tiga perkataan setiap hari. Dalam kemas kini terbaru, pengguna kini boleh memilih untuk menterjemah perkataan dari hari-hari sebelumnya.

Buat masa ini, kuiz tersebut hanya boleh diakses melalui laman web BH dan belum tersedia di aplikasi BH.

Respons awal menunjukkan bahawa permainan terjemahan ini telah diterima dengan baik oleh pengguna.

Berikutan penambahbaikan kepada kuiz tersebut, jumlah interaksi di laman web BH meningkat kepada 1,291 pada November lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg