Menghasilkan jemputan media, menyediakan siaran akhbar, dan memahami sudut liputan media untuk acara masjid merupakan antara pengisian utama dalam bengkel media yang dianjurkan Berita Harian (BH) pada 19 November.
Sekitar 30 kakitangan masjid dari jabatan pemasaran dan perhubungan turut berpeluang melawat bilik berita BH untuk meninjau operasi serta produk digital seperti podcast dan OMG.
Bengkel yang diadakan di bilik berita BH itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Satu Sektor Masjid, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Hisham Hasim.
Semasa bengkel tiga jam itu, antara topik yang dibincangkan termasuk aspek menarik perhatian media dan awam melalui siaran akhbar, serta penghasilan kandungan dan penulisan skrip untuk media sosial dan podcast.
Bengkel itu dikendalikan Editor Berita BH, Encik Nazri Hadi Saparin.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg