Wisma Geylang Serai (WGS), dengan kerjasama Serumpun DK SG, telah menganjurkan Festival Dikir Singapura pada 28 Jun.
Bertemakan ‘Kita Serumpun’, festival ini menandakan satu detik bersejarah bagi komuniti Dikir Barat di Singapura.
Antara sorotan program bagi festival tersebut termasuk rancangan bual bicara santai yang menampilkan empat penggiat seni tempatan, Encik Rezal Ramli, Cik Aidli Mosbit, Encik Firdaus Faisal, dan Encik I’zzul Amirullah sebagai anggota panel yang dikendalikan oleh Eksekutif Audiens dan Perkembangan Berita Harian (BH), Cik Kaiyishah Ayuni, selaku moderator.
Program lain termasuk, sesi dialog, bengkel dan persembahan.
BH dan OMGxBH rakan media rasmi.
Festival tersebut turut disokong oleh kumpulan dikir barat, Andika Kencana dan Mak Besar bagi menyokong inisiatif SG60 Bersama.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg