Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bilangan kad SIM pascabayar yang boleh dibeli akan dihadkan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan kad SIM pascabayar yang boleh dibeli akan dihadkan

Maksimum 10 setiap pelanggan bagi pendaftaran baru mulai 15 April untuk elak kad disalah guna
Feb 18, 2024 | 03:00 PM



Syarikat telekomunikasi tempatan akan mengehadkan bilangan kad SIM pascabayar yang boleh dibeli setiap pelanggan kepada 10 mulai 15 April.

Bagaimanapun, had itu hanya bagi pendaftaran baru kad tersebut.

Ini dinyatakan polis dalam, Laporan Tahunan Penipuan dan Jenayah Siber 2023, pada 18 Februari.


Langkah itu diambil untuk mengelak kad SIM pascabayar, yang kebanyakannya dibeli warga Singapura, digunakan bagi tujuan terlarang, menurut laporan tersebut.

Ini setelah polis dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mendapati kad SIM pascabayar semakin disalah guna bagi tujuan penipuan.

Buat masa ini, tiada had bilangan kad SIM pascabayar yang boleh dibeli setiap pelanggan.

Langkah serupa dikenakan bagi kad SIM prabayar pada 2005.

Menurut satu kenyataan media IMDA pada Mac 2014, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan IMDA (dikenali sebagai Penguasa Pembangunan Infokom pada waktu itu) memperkenalkan kawal selia ke atas kad SIM prabayar pada 2005.

Di bawah kawalan kawal selia itu, pelanggan mesti berusia sekurang-kurangnya 15 tahun dan boleh membeli maksimum 10 kad SIM prabayar.

Ia kemudian dihadkan kepada maksimum tiga pada 1 April 2014, tidak kira sama ada kad SIM prabayar itu dibeli daripada satu atau lebih syarikat telekomunikasi, tambah kenyataan tersebut.

Mengenai had kad SIM pascabayar, laporan itu menyatakan pelanggan yang sekarang mempunyai lebih 10 kad itu tidak akan terjejas.

Namun, mereka tidak lagi dapat mendaftarkan kad SIM pascabayar baru.

Laporan itu menyatakan jumlah had itu diguna pakai “bagi memenuhi keperluan pengguna sah yang ingin mendaftarkan kad SIM sedemikian bagi anggota keluarga sambil mengehadkan akses bagi kegunaan terlarang (kad itu)”.

“IMDA akan menyemak had kad SIM pascabayar pada masa akan datang bagi memastikan ia kekal relevan,” ujar laporan itu.

Sementara itu, polis pada 2023 menjalankan empat operasi serata negara yang menyasarkan 17 kedai telefon bimbit dan memberkas 11 individu kerana disyaki terlibat mendaftarkan kad SIM secara haram menggunakan maklumat pengenalan orang lain.

Laporan itu mengatakan suspek disyaki membantu penipu menyalahgunakan kad SIM prabayar/pascabayar yang telah didaftar terlebih dahulu “sebagai saluran komunikasi tanpa nama bagi kegiatan haram”.

Hasil operasi itu menyaksikan lebih 3,000 talian telefon ditamatkan, tambah polis.

Selain itu, laporan tersebut mendedahkan bahawa pada 2023 Pasukan Anti-Penipuan (ASCom) membekukan lebih 19,600 akaun bank berdasarkan laporan yang dirujuk kepada Pusat Anti-Penipuan (ASC) dan berjaya mendapatkan kembali lebih $100 juta.

ASCom dibentuk pada 2022 dan dianggotai pakar daripada ASC, tiga Cawangan Siasatan Anti-Penipuan dan Pasukan Penipuan di tujuh divisyen darat polis.

Polis menjelaskan pencapaian sedemikian hasil kerjasama erat antara sektor awam dengan swasta.

Ia menyatakan ASCom sejauh ini telah meluaskan jalinan kerjasamanya kepada lebih 100 institusi – antara lain, daripada bank, syarikat teknologi kewangan, atau fintech, dan penyedia perkhidmatan kiriman wang di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >