Bilangan penyalahguna dadah muda yang berusia bawah 20 tahun meningkat 11 peratus dari 2022 hingga 2023, dan akan terus meningkat jika masyarakat tidak menangani isu tersebut dengan tegas, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim. Beliau menyatakan demikian dalam hantaran di Facebook pada 26 Ogos selepas menghadiri seminar keibubapaan anjuran Campus Legends dan Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA). Seminar tersebut dianjurkan bagi memberikan panduan dan alat untuk ibu bapa mengadakan perbualan yang bermakna dengan anak-anak mereka mengenai bahaya dadah. Dalam catatannya juga, beliau menekankan peranan penting ibu bapa dalam mendekati dan menasihati anak-anak mereka untuk menjauhi dadah.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg